Tuesday, July 6, 2010

tautan hati

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Puas kurayu, puas kuseru,
Jawapanmu tetap yang dulu.
Oh, sukarnya mengajakm
u!
Namun, kasihku padamu cukup padu,
Lantaran itu,
Aku akan terus menyerumu,
Pada yang Satu.
Kugenggam kukuh suatu azimat,

"Kita hanya penyeru, bukan penghukum."
Ya ALLAH, kuharap bantuanMU mengiringiku.
Seru dan terus menyeru,
Itu tugas RasulMU,
Akan kuteruskan semampuku,
Hingga ke hujung waktu.

nukilan oleh:
Fatimah Syarha Mohd Noordin
dalam novel
Tautan Hati.

Itulah bait2 ayat dalam novel Tautan Hati yang pada mulanya saya sendiri tak mengerti. Novel tu saya baca waktu tingkatan lima, lepas SPM. Waktu tu novel ni memang popular dikalangan sahabat2 sekolah.

Tapi, lepas masuk universiti, bila tengok balik ayat2 novel tu, baru faham. Faham sebab sedang melalui proses yang lebih kurang sama dengan watak Asiah Yusra tu.


"Kita hanya penyeru, bukan penghukum."

Sangat setuju dengan ayat di atas, sebabnya itulah Rahmat kasih sayangNYA. Kalau bukan kerana itu, mana mungkin kita dapat merasai nikmat tarbiah kerana hanya ALLAH lah yang boleh memberi hidayah kepada siapa2 yang dikehendakinya.

Justeru, seperti dalil ini:

Dan orang2 yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan2 Kami. Dan sungguh ALLAH beserta orang2 yang berbuat baik.(29:69)

Bak kate seorang kenalan yang mentadabbur ayat ini,
" Kalau kita betul2 nak memperbaiki diri ke arah redha ALLAH, ALLAH pasti akan tunjukkan jalan. Itu janji ALLAH. Jadi, adakah kamu ragu2 dengan kata2 ALLAH?"

Semoga walau apa pun bayangan yang menghantui diri kita, maka janganlah berputus asa. Bangkitlah walaupun kita rasa tak mampu. Dan teruskan berusaha,berdoa agar kita mampu untuk bertahan hingga ke hujung nyawa.amiin

sekian wasalamsatu perjuangan, satu arah tujuan, di bawah rahmat yang Esa..
kita melangkah seiringan satu perjuangan..




0 comments:

Post a Comment