Sunday, July 25, 2010

sejarah baru


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam yang sangat berkuasa atas tiap sesuatu. Hari ini dalam sejarah tarbiah setelah hampir 3 tahun, saya dan ahli2 halaqah yang disayangi dan bersama murobbiah tercinta telah berjogging di tepi-tepian pantai. Terima kasih kepada Illahi yang masih menguatkan kaki kami walaupun ada yang baru pulang dari program. Semoga ALLAH yang menilai usaha2 kita. amiin

Suka untuk saya mengimbau kembali kenangan2 saya semasa di sekolah dahulu kala. Saya sangat minat bersukan. Banyak juga aktiviti2 yang disertai di sekolah antaranya lari pecut, lompat jauh, lompat kijang dan bola tampar. Tidak lupa juga pada kawad Kadet Remaja Sekolah yang berjaya memenangi tempat ke-3 peringkat zon sentul tahun 2006. Berlari adalah satu kepuasan bagi saya, tambah2 lagi lari pecut yang lumba dengan orang lain. Di situlah kita akan keluarkan sepenuhnya tenaga kita ke tahap yang maksimum untuk berlari dengan lebih laju.

Tapi itu dulu..sekarang semuanya sudah menjadi kenangan. Kenangan2 manis untuk diingati. Banyak juga medal kat rumah. Setiap tahun ada je bawak balik medal.(kalau boleh gadai banyak duit dah boleh dapat =) ) Dan last, time form five.

Kalau dulu letih berlari secara fizikal, kini kita berlari membawa amanah yang lebih besar. Jatuh tersungkur lumrah kehidupan. Dan kini saya belajar untuk tidak lari dari masalah. Pahit tetap pahit tapi biarlah Tuhan yang membalasnya.

Doaku; "Ya ALLAH, moga aku tsabat dan kuat". Harapnya sejarah2 yang tak patut dibuat dahulu, tidak akan berulang lagi.

Bak kata seseorang: "Just buat pilihan, nak atau tak nak"

Dan sesungguhnya ALLAH Maha Berkuasa dan tidak memerlukan kita, tapi kita lah yang memerlukanNYA..

sekian untuk hari ini
wasalam


0 comments:

Post a Comment