Saturday, July 24, 2010

jodoh


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH, yang telah melancarkan walimah seorang senior kami. Gembira melihat beliau dan pasangannya. Didoakan semoga hubungan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin ya Rabbal 'alamiin.

Salah satu faktor kebahagiaan sesebuah keluarga untuk jangka masa yang panjang adalah kasih sayang (bagi pendapat saya). Dan kasih sayang itu seharusnya dipupuk dan dikekalkan walaupun setelah mempunyai anak yang ramai. Saya juga melihat, komunikasi antara ahli keluarga sebenarnya mampu membina kasih sayang, dan contoh lainnya adalah saling berkongsi masalah antara adik-beradik. Perkara2 ini akan mewujudkan sikap saling mengambil berat antara ahli keluarga itu sendiri.

Antara hal2 yang lain pula adalah berkenaan tanggungjawab ahli keluarga itu sendiri. Ayah dan ibu seharusnya mengambil berat hal2 anaknya terutamanya dalam aspek pendidikan agama agar anak2 mempunyai benteng dari terjebak dengan masalah2 sosial yang sangat membimbangkan. Di samping itu, si anak haruslah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan amanah, seperti belajar atau bekerja dengan bersungguh-sungguh, tidak melakukan sesuatu perkara yang mengaibkan kedua orang tuanya malah seharusnya menggembirakan mereka lantaran umur mereka yang semakin meningkat.

Semoga kita semua akan mampu membina keluarga yang bahagia bukan setakat kebahagiaan dari segi harta benda tapi juga mempunyai pegangan agama sebagai seorang muslim wa mukmin yang sebenar2nya.amiin, InsyaALLAH

"sesungguhnya medan berbicara itu tak semudah dengan medan berbuat"

wallahu'alam
sekian melaporkan dari Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

2 comments:

Anonymous said...

salam amanina..belajar di mana sekarang ya?di terengganu?

amanina baharuddin said...

wasalam

siapakah anonymous?

haah blajar di UMT, Terengganu.

Post a Comment