Saturday, July 17, 2010

bijak


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Jutaan kesyukuran di panjatkan ke hadrat Illahi dengan nikmat islam,iman dan tarbiah. Juga nikmat masa dan kesihatan, yang dengan izinNya, dapatlah saya mengepost something hari ni setelah lama tak up date blog lantaran masalah2 yang tak dapat dielakkan.alhamdulillah

Banyak juga input yang saya dan sahabat2 lain dapat melalui program sepanjang minggu ni. Saya nak share tentang pengorbanan..

Pengorbanan ni adalah membelanjakan tenaga untuk meninggikan kalimah ALLAH. Setiap hari kita berkorban sebenarnya tanpa kita sedar. Contohnya, kita pergi kuliah untuk belajar. Maknanya kita dah korbankan masa kita untuk mencari ilmu kerana ALLAH.

Tapi ingat yang dalam konteks pengorbanan ni mestila betul niat seseorang tu, pengorbanan tu mengikut ketentuan masa, seimbang dan tak melampau. Banyak lagi huraian dia sebenarnya.

Kalau student, kita akan korbankan masa main kita, masa2 kita dari terbuang dengan mengadap nota2 atau ulangkaji subjek dengan harapan dapat result yang terbaik. Maksudnya kita tahu yang susah nak capai 4 flat. So, kita struggle untuk dapat 4 flat tu.

Macam tu jugak kehidupan selepas kematian kita kan. Kalau baca dalam al-Quran dalil2 mengenai syurga, sangat indah. Semestinya tinggi dan berharga nilaian syurga tu. Jadinya, kita tahu syurga tu mahal sebagaimana Rasulullah pun banyak dugaan dan cabaran baginda walaupun dah di jamin syurga. Nak dibandingkan dengan kita yang tak terlepas dari berbuat dosa dan dugaan atau cabaran pun tak sehebat Rasulullah. So, perlulah untuk kita berkorban lebih untuk dapat yang mahal. Faham tak?

Atau ada satu lagi analogi iaitu kalau kita nak menginap kat hotel taraf 5 bintang, banyak tak duit yang kita kena keluarkan? Kita kena keluarkan duit yang banyak untuk dapat service yang terbaik. Betul tak?

Justerunya, macam tulah kehidupan. Kenapakah kita dihidupkan?

Yakinlah bahawa apa yang kita korbankan ada nilai disisi ALLAH like kita korbankan masa untuk ke halaqah, korbankan tenaga untuk ziarah, korbankan duit untuk datang daurah, korbankan jiwa untuk bermujahadah. InsyaALLAH

Bijaklah dalam menguruskan waktu kerana itulah sifat orang yang ditarbiah.
Wallahu'alam sekian salam

0 comments:

Post a Comment