Friday, July 2, 2010

nilaianNYA


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

segala puji bagi ALLAH yang telah mentakdirkan apa yang terbaik buat hambaNYA. Alhamdulillah pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya dan sahabat telah pergi ke sekolah kami yang tercinta. Sebenarnya teman sahabat ambil sijil spm dan alang2 tu terus pergi ziarah cikgu2 semua. Sangat terharu bila cikgu masih ingat nama kami =)

Dan ditakdirkan kene bagi 'talk' pulak dekat junior2 sebab memang tiap hari Jumaat tak balik bermalam ada tazkirah,baguskan..Sebenarnya semua manusia itu hebat dan ada kekurangan. Jadinya walau macam mana pun kita, ALLAH lah yang Maha Tahu. Kita mungkin boleh hebat di khalayak ribuan jutaan manusia dan ianya tiada apa value seandainya kita tiada nilaian disisiNYA. Na'uzubillah..

Sedikit perkongsian yang saya dah share pada junior petang tadi. Berkenaan pengalaman dapat menyambungkan pengajian ke ipta di Terengganu. Pengalaman ni sangat menyedarkan saya tentang takdir dan hikmah Tuhan.

Semestinya berjauhan dengan ahli keluarga terutamanya kedua ibu dan ayah amat menyedihkan. Lagi2 dalam adik-beradik sayalah yang paling jarang ada kat rumah start dari asrama masa form 1 - form 5, kemudian sambung KMM, dan last dapat UMT. So, masa apply upu lepasan matrik sangat sangat berharap dapat u yang tempoh perjalanannya dalam bawah 5 jam.(maksudnya nak yang dekat).

Nak dapat u yang dekat sebabnya adalah dengan harapan dapat balik rumah at least 2 minggu sekali untuk spend kan masa dengan ibu,ayah dan keluarga.Lagi2 parent sebab atas faktor umur mereka yang dah mencecah tengah 50-an.Tapi, memang tak de pilihan lain, so terima je tawaran UMT dengan redha.

Alhamdulillah bila sampai Terengganu, saya ditakdirkan dapat sahabat2 yang memang saling ingat-mengingatkan kita pada Illahi, dapat nikmat tarbiah, nikmat berhq, yang memang saya nak dekat matrik dulu.Subhanallah.. Dari situ, saya nampak akan hikmah dan yakin bahawa takdir ALLAH terbaik. Berbaloi naik bas 8 jam nak dibandingakan dengan nikmat2 lain yang tak ternilai harganya.

Dan saya pernah terbaca dalam blog seorang sahabat, ayatnya lebih kurang macam ni;

Semakin kita kenal dan rapat dengan kawan kita, semakin ternampak akan keburukannya.

Situasi ni jugak berlaku pada saya dan sahabat2 sepanjang tempoh setahun yang lepas. Dan kunci bagi menangani masalah ni memanglah berlapang dada selain saling memahami dan memaafkan orang lain. Dan sikap2 negatif memang perlu untuk kita perbaiki. Sebagaimana anda semua, saya juga mengharapkan mampu jadi orang yang sentiasa memperbaharui diri ke arah yang positif selari dengan putaran masa yang berlalu dengan sangat pantas.

Dan dalam kes2 salah faham ni, saya lebih suka untuk berterus-terang. Sebab saya tahu yang pendam-memendam ni sangat menyakitkan dan menyusahkan hati. Dan sangat tak suka perasaan tu.

Harapan saya, semoga sem2 akan datang, saya dan sahabat2 lebih matang dalam mencari solusi untuk setiap masalah. Berfikir bukan dengan emosi. Semoga kita saling menghargai dan lengkap-melengkapi. Dan semoga kita kuat untuk menempuh segala cabaran kehidupan yang pastinya menguji keimanan kita kepadaNYA dan ukhwah kita keranaNYA. amiin.

sekian, wasalam.








1 comments:

umatMuhammad said...

assalamualaikum ukhti fillah.

bagus post enti ini. sedikit sebanyak, menyedarkan ana juga akan nikmat Allah swt. memang tak terhitung ukhti nikmatNya pada kita. tetapi, sejauh mana juga kita mensyukuri kurinaanya itu.

ya, berlapang dada sangat penting berukhwah. andai berlapang dada yang juga tingkatan ukhwah yang paling bawah sekali tak dapat kita aplikasikan, maka, ter'virus'lah ukhwah itu.

jazakillah khair ukhti.

Post a Comment