Wednesday, July 28, 2010

bahaya cuai


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji ALLAH yang Maha Berkuasa atas sesuatu. Selawat dan salam atas junjungan yang mulia Rasulullah s.a.w.

Berbalik kepada tajuk posting hari ini.

Bahayanya cuai. Ya, ia sangat bahaya. Contohnya anda sedang masak di dapur. Kemudian anda menerima panggilan dan menjawab panggilan tersebut sehingga lupa tentang dapur anda tadi. Sehingga dapur anda habis terbakar. Ini adalah disebabkan kecuaian.

Seperti juga dalam menjawab soalan matematik. Contohnya 5 tambah 5 sama dengan 10. Tapi disebabkan kelalaian , 5 tambah 5 sama dengan 1. Mungkin kerana simbolnya lebih kurang sama. We always said " Careless mistake".

Mungkin juga banyak harta benda kita yang hilang atas kelalain kita. Sangat bahaya. Lagi-lagi hilang wallet, yang dalam tu segala dokumen ada. Na'uzubillah. Pagi tadi, memang rezki saya lagi jumpa wallet yang tercicir kat tempat saya turun dari van semasa hendak ke kampus. Alhamdulillah. Mujur sedar awal. Memang doa banyak-banyak. Dan ini juga adalah kelalaian saya yang lupa nak simpan wallet balik dalam poket lepas dah keluarkan duit.

Jadi, sama-sama kita jadi orang yang lebih alert. Jadi orang yang lebih peka. InsyaALLAH.

Bak kata pepatah, "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".

Sekian moga mengambil yang manfaat untuk diamalkan. Wasalam.






0 comments:

Post a Comment