Saturday, July 10, 2010

memang betul

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH dengan limpah dan rahmatNYA, dapatlah kami menjalani aktiviti dengan selesai.

Memang betul kalau kita nak mengajak orang kepada Illahi, maka kita lagi2 lah yang perlu untuk dekat pada ALLAH supaya mudah2an pertolongan ALLAH bersama kita.

Sedikit perkongsian yang saya nak share untuk posting kali ni mengenai istiqamah. Bila mana kita nak istiqamah maka perlu untuk kita istiqamah kan hati kita dahulu. Bila hati kita yang berkehendak untuk waspada supaya jauh dari dosa dan nak tingkatkan amal, maka ia akan terserlah melalui amalan kita.

Dan sahabat saya menceritakan kisah ayahnya yang baru meninggal dunia, di mana dia melihat sifat ayahnya yang istiqamah iaitu tak pernah tinggal untuk berzikir subhanallah alhamdulillah allahuakbar 33 kali selepas solat fardhu, terbawa sehingga ke akhir hayat allahyarham. subhanallah. Dan memanglah kemenangan kita akan jelas terlihat bila kita berada di saat kematian yakni sama ada kematian yang baik atau kematian yang buruk.

Itulah hebatnya sifat istiqamah. Apa yang selalu kita buat semasa kehidupan kita akan membawa amalan tu di saat2 kematian. Jika baik amalan, maka baiklah. Jika buruk, maka buruklah.Dan sesungguhnya ALLAH lah yang Maha Mengetahui dan Maha Teliti.

semoga kita mengambil ibrah (pengajaran) untuk diamalkan.
wasalam


0 comments:

Post a Comment