Sunday, November 13, 2011

manis untuk diingati :D

Bismillah walhamdulillah

Setiap dari kita pasti pernah melalui detik2 pertama perubahan, penghijrahan, pentarbiyahan yang pastinya berbeza penceritaannya. Mungkin sama, mungkin juga berbeza.

Saya sangat bersyukur kerana ALLAH menetapkan saya pada saat ini dan ketika ini untuk melalui jalan pentarbiyahan yang sekarang ini. Alhamdulillah syukran ya ALLAH,

Jika dikupas semula kisah2 silam, pastinya saya juga adalah seorang mutarabbiah yang dahulunya kecelaruan identiti, tidak mempunyai kefahaman yang jelas, seorang yang suka bertanya dan menilai melalui lahiriahnya, kurang keyakinan, teragak-agak dan lain-lain lagi. Saya merasakan anda dahulu mungkin seperti saya juga, atau lebih baik, atau mungkin hebat dan bersyukurlah jika anda tidak merasainya.

Suatu peristiwa yang paling tak dapat saya lupakan adalah, apabila saya di follow-up oleh akhwat, dan mereka adalah tetamu pertama menziarahi saya selepas pendaftaran saya di matrik. Kemudian, mereka bertanyakan "Masih nak join tak taklim kami?" dan dengan keyakinan yang sangat yakin, saya telah membuat satu keputusan yang kalau dikiranya sekarang, jika saya adalah orang yang mem-follow-up itu, pastinya membuatkan saya kecewa. "Buat masa ni tak perlu"..itu jawapan menghampakan saya buat mereka.

Keputusan tu saya buat hasil persetujuan saya bersama sahabat2 baik saya di sekolah. Ada kisah di sebaliknya yang sukar untuk dikongsikan.

Punbegitu, jiwa manusia yang tak kan pernah lari dari menginginkan kebaikan, akhirnya saya mengakui jiwa saya kosong, meronta-ronta untuk diisi. Bukan sekejap, tapi hampir tiga bulan saya bersendiri. Kononnya, bersendiri itu lebih baik, lebih kuat dan lebih senang.

Dan dengan takdir ALLAH yang Maha Kuasa, selepas masa saya merasakan kekosongan itu dan sedar hakikat majlis ilmu yang lebih efektif, saya terus menerima satu mesej dari seorang ukhti yang dahulunya mempelawa saya dipermulaan semester. Beliau menghantar sms berkenaan dengan tarikh dan waktu taklim yang diadakan pada minggu itu. Bersyukurnya saya pada masa itu, hanya ALLAH lah yang mengetahuinya. Dan sejak itu, saya mula bertekad untuk tidak mengulangi sikap saya dalam membuat keputusan.

Bak pepatah Melayu, ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah ujian yang menimpa saya. Pastinya ujian itu dari ALLAH, dan dari ujian yang inilah telah mengukuhkan lagi keyakinan saya hingga ke hari ini.

bersambung...

nota kaki; mutarabbiah= orang yang diseru agar kembali kepada ALLAH

1 comments:

adeq said...

salam aiseh bersambung laks.moga tabah dan cekal.

Post a Comment