Thursday, December 30, 2010

mukmin professional


bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x atas keputusan peperiksaan walau hakikatnya makin menurun.
Sollu'alan nabi.

Sem ni sepatutnya saya tunjukkan result yang sebaiknya buat ibu dan ayah, sebab banyak sumbang saran mereka buat saya.

Mungkin sebab terculture shock sekejap ekoran duduk di rumah sewa yang agak jauh sikit dari universiti. Dan hanya ada basikal sebagai transport sendiri. Bas uni pun ada cuma nak kena tunggu dan tunggu.

Ingat lagi hari pertama kami berjalan kaki dari rumah sewa ke hostel sebelum naik van ke kampus. Cuaca di Terengganu sangat bahang panasnya, namun tak menghalang kami untuk terus berjalan kaki. Alhamdulillah, kuat semangat.

Kemudian, malam berbasikal untuk ke hostel atas urusan gerak kerja. Malu tolak tepi kerana kami tahu tiap kayuhan, titisan keringat kami insyaALLAH boleh bantu kami di sana yang kekal abadi. Dan kadang2 tumpang jugak motor housemate kami.

Kalau kelas malam lagi hebat, berbasikal dari rumah ke kampus. Gelap. Sejuk dan sepi. Nasib kami bertiga.

Tapi itu dulu, sekarang atas sumbangan ihsan ibu dan ayah bulan Oktober lalu, saya ada Modenas. Untuk ke mana-mana. Kehidupan nampak lebih mudah.

Saya berharap untuk sem depan, study dan gerak kerja lebih baik. Kedua-duanya untuk masa depan saya. Saya anak harapan ibu dan ayah. Yang masuk universiti. Saya jua harapan ummat, pemuda Islam. Saya ingin imbangkan kedua-duanya. insyaALLAH

Jadinya, saya kena ubah sikap saya. Harapnya tiada lagi culture shock, tak bersedia, study last minute, bertangguh kerana akademik jua penting buat mukmin professional.

Buat sahabat yang membaca, doakan kejayaan kita bersama. Tegur saya andai saya leka.

Siapa yang tak berhajat untuk ada binaan manusia yang taat pada ALLAH. dan, siapa yang tak berhajat untuk cemerlang dekan dalam peperiksaan. Moga hajat dimakbulkan Tuhan, insyaALLAH.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. (29:69)

Wednesday, December 29, 2010

refresh iman


Aku berlindung dari syaitan yang direjam
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Pemurah

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (lauh mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi ALLAH. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNYA kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri"(Surah Al-Hadid: ayat 22-23)

Maka benarlah kata-kata ALLAH yang Maha Agung.



Tuesday, December 28, 2010

inilah ujian

.

Friday, December 24, 2010

new experience!!

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH atas segala ketentuanNYA. Sollu'alan nabi. =)

Sebenarnya saya memang nak rehat dari mengepost buat seketika. Tapi pengalaman tadi buat saya nak tulis jugak sesuatu dalam blog ni.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana Program JIRIM baru saja bermula. Kehadiranku sebagai yang tolong handle pendaftaran untuk mereka sedikit sebanyak dapat membuka mata dan mindaku sendiri.

Sebelum tu, sangat happy bila dapat jumpa akhawat yang zaman-berzaman. Sangat teruja. Sememangnya medan di Kuala Lumpur berbeza dengan medan Kuala Terengganu. Sekian.

Berbalik kepada Program JIRIM tadi, ada dikalangan adik-adik yang saya dah jumpa time program lepas (program step). Tapi, dulu luarannya lain. Dan alhamdulillah tadi, mereka menyapa saya dan berbeza dengan yang dahulu,sememangnya luaran mereka lebih baik. Lebih menampakkan ciri muslimah solehah. Alhamdulillah.Uhibbukum fillah =)

Dan selain itu jelas masih ramai lagi manusia, ibu bapa dan remaja menyedari atau masih lagi berminat untuk 'mencari' sesuatu yang bermakna untuk anak2, mahupun diri mereka sendiri.
Jadi jelas menunjukkan bahawa program2 seumpama begitu masih mendapat sambutan dan perlu dihebahkan demi kebaikan semua. Didoakan moga program tersebut berjalan lancar hingga ke akhirnya dan peserta mendapat sesuatu yang bermanfaat untuk diamalkan bila pulang nanti.amiin ya Rabb.

Moga hidayahNYA ditujukan buat kita semua hingga ke akhirnya.
amiin ya Rabb

~sekian~








Monday, December 20, 2010

cari hati



bismillah walhamdulillah.
assalamualaikum w.b.t

Blog ini akan di rehatkan hingga waktu yang sesuai. Penulis mengharapkan doa dari kalian agar dia sentiasa dalam jalan kebaikan. Syukran =) Semoge kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNYA.amiin

~sekian~

buat post sambungan ukhwah imaniyyah insyaALLAH akan disambung bila tiba masanya nanti.asifah jiddan.

Sunday, December 19, 2010

candle is lilin


bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x wa sollu'alan nabi

Suka untuk saya berkongsi satu analogi yang terkesan masa bermukhayyam di Sg. Congkak yang lepas. Dalam sesi muhasabah.

Situasinya...

Satu bulatan di bentuk, dan di tengah-tengah kami diletakkan beberapa batang lilin kecil yang menyala di atas lantai simen.
Kemudian, ada tiga orang yang dipilih untuk merangkak di kawasan lilin tu, sambil tutup mata. Dan yang lain tak boleh bantu mereka.

Dapat tak bayangkan?
Sahabat yang kita sayang berjalan dalam keadaan merangkak, sambil mata tertutup, dan yang pastinya terpaksa menghadapi lilin-lilin yang panas.
Dan sahabat yang melihat, sekadar melihat tanpa berbuat apa-apa pun. Jadi, bagaimanakah keadaan sahabat kita yang merangkak tadi? *fikirkan dan boleh cuba buat.

Dapat teka tak apa sebenarnya yang ingin disampaikan?

Itulah analogi, bila mana kita sekadar membiarkan orang2 disekeliling kita yang 'terpejam' tanpa berbuat apa. Jadi, pastinya kita tak sanggup melihat mereka sakit dan cedera.

Kesimpulannya, binalah hubungan yang baik dengan orang di sekeliling kita. Dan mudah2an kita dan mereka digerakkan hati agar sama-sama mengislahkan diri dan mengamalkan Islam yang sebenarnya. Mari kita sama-sama bergandingan tangan dalam merealisasikannya. =)

Sesungguhnya hidayah adalah milik ALLAH yang mutlak, namun atas usaha ke arahnya, insyaALLAH pertolongan Tuhan pasti bersama. (47:7) (29:69)

sekian.





Friday, December 17, 2010

perjalanan

bismillah alhamdulillah

Khadijah sedih. Pelbagai masalah difikirkannya. Namun dia tahu ini semua adalah takdir Tuhan. Tiada siapa yang dapat melawan. Dia redha. Walaupun begitu, jauh di sudut hatinya mahukan kehidupan yang lebih baik. Kadang-kadang kekecewaan yang menghantui hidupnya kini menjadikan dia termenung bagaimana nanti kehidupan dia dan adik-beradiknya yang lain tanpa kedua orang tuanya nanti.

Teringat dia masa zaman persekolahnya dahulu. Dia punya kawan yang keluarganya boleh dijadikan contoh. Namanya Sofia. Sofia mempunyai 5 adik-beradik. Dia punya abang, kakak, adik lelaki dan adik perempuan. Dia anak tengah. Selalu di asrama dia menceritakan hal keluarganya yang setiap minggu pasti mengadakan taklim di rumah kepada Khadijah. Ayah Sofia pula ustaz. Tidak hairan ayahnya mampu mendidik dia dan adik-beradiknya sebegitu rupa. Dan kadang-kadang kisah Sofia menyebabkan Khadijah seakan-akan 'down' lantaran kehidupannya yang jauh berbeza dari Sofia.

Walaupun Sofia selalu menceritakan hal keluarganya pada Khadijah, namun Khadijah tidak sedemikian rupa. Terasa dirinya kerdil untuk menceritakan masalahnya kepada Sofia. Bagi Khadijah, selagi dia mampu bertahan, dia tidak akan menceritakan masalahnya pada sesiapa. Biarlah ALLAH sahaja yang mengetahui tatkala hatinya pedih menerima ujian yang pedih.

Masalah yang terpendam menjadikan Khadijah hanya meluahkan masalahnya pada Tuhan Semesta Alam. Sedu-sedan tangisannya adakalanya adalah kekuatan bagi dirinya. Dia harus memotivasikan dirinya tanpa perlu bantuan sesiapa. Adakala tatkala imannya lemah, dia bermonolog pada Tuhan sambil tersedu-sedan " Ya ALLAH, kenapa aku perlu hadapi semua ini? Sampai bilakah ya ALLAH aku akan bahagia seperti sahabat dan teman-temanku yang lain? " Banyak persoalan-persoalan yang dilontarkan kerana baginya masalah yang rumit dan pedih ini sangat menggugat emosinya tatkala memikirkannya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Tiba-tiba pada suatu petang yang hening, Khadijah tidak mampu lagi membendung masalahnya lagi. Lantas dia memanggil seorang teman seperjuangannya yang lain, Mashitah. Teman-teman di sekolahnya lebih mengenali yang Khadijah bersahabat baik dan rapat dengan Sofia berbanding Mashitah, walaupun Khadijah, Mashitah dan Sofia sebenarnya jua selalu bersama. Lalu, Khadijah meluahkan segala isi hati dan permasalahnnya pada Mashitah. Kerana bagi Khadijah, Mashitah ada aura yang dapat menguatkannya.

"Sabarlah dijah, ini ujian untuk kau. Keluarga aku pun biasa-biasa aja. Tapi kita kena ingat yang ALLAH bagi ujian ini ikut level kemampuan kita. Kau doalah banyak-banyak untuk mereka. Dan aku doa untuk kau, dan kau juga doakan aku eh". Begitulah nasihat Mashitah kepada Khadijah.

"Hmm doakan aku kuat eh. Thanks Mas. Jangan cerita kat orang lain tau." kata Khadijah sambil meletakkan kepalanya dibahu Mashitah. Bagi Khadijah, susah untuk dia meluahkan masalahnya kepada orang lain melainkan orang yang baginya jujur dan dipercayai kepercayaannya dalam menyimpan rahsia. Kerana dia tahu, sifat perempuan yang terlepas cakap bisa menjejaskan hal kehidupan seseorang keseluruhannya.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah persekolahannya itu telah 4 tahun berlalu. Dan masalahnya jua berlalu tanpa menemukan sebarang penyelesaian. Dia akur. Bukan dia tidak berusaha, tapi apakan daya ALLAH jua yang lebih hebat dan berkuasa. Hanya doa dan tangisan yang menjadi penguatnya. Dan dia juga mendoakan agar suatu masa kelak, dia bisa memiliki keluarga seperti keluarga Sofia, teman persekolahannya dahulu. Mudah-mudahan dijodohkan dengan muslim yang mukmin, dengan penuh sifat tanggungjawabnya dan dia juga berdoa dan berharap suatu hari nanti dia mampu memiliki anak-anak yang soleh dan solehah. Maka terbinalah keluarga muslim. InsyaALLAH.

tamat.





Thursday, December 16, 2010

ukhwah imaniyyah 1

bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x kesyukuranku yang tak terhingga kepada ALLAH dengan segala kasih sayangNYA. Selawat dan salam jua buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam yang masih tidak berputus asa dalam menyampaikan kalimatulhaq Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.

Setelah sekian lamanya jadi harini insyaALLAH saya akan berkongsi tentang perkongsian dari Slot 2 dari Mukhayyam Rabitah Hati yang lepas. Bahan ni agak berat ye sebenarnye, tapi apa pun saya cuba beri apa yang terbaik. Segala masukan atau komen sangatlah dialukan.

Pertama-tamanya mari kita renung kembali situasi sekarang. Adakah masyarakat harini mengamalkan ukhwah imaniyyah? Anda pula? saya juga..? Adakah kita berukhwah atas dasar iman ini? Kalau dilihat dari sumber-sumber media massa sekarang tidak kira dari surat khabar, atau berita selalu kita diperlihatkan dengan kes2 pembunuhan antara ahli keluarga, permusuhan dan segala tindakan yang menjurus kepada kerenggangan atau kekeruhan institusi kekeluargaan. Justeru sudah tentulah kita dan masyarakat harini jauh dari bersaudara atas dasar iman. Kenapakah?

Kerana ukhwah atas dasar iman itu membawa pada kesejahteraan dan keamanan. Indahkan?

Firman ALLAH dalam surah Al-Hujurat ayat 10.

"Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertaqwalah kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat."

Saya pasti ada di antara kita yang sering dan selalu sahaja mendengar makna kalimah ALLAH ini. Namun mari kita berkongsi ilmu sekali lagi.

Sebelum itu elok kita mengetahui perbezaan antara logik dan emosi. Logik akal pasti akan membenarkan sesuatu fakta atau terima yang logik. Dan emosi pula boleh dibahagikan antara emosi baik atau tidak baik. Namun, yang lebih berkesan adalah logik tadi dicampurkan dengan emosi yang positif. Adakah anda keliru? =.=

Contoh daripada ayat tadi surah Al-Hujurat ayat 10. Kalimah "innama" dalam bahasa Arab merujuk pada penegasan pada ayat tersebut. Yang maksudnya sesungguhnya. Atau sungguh,sesungguhnya. Double penegasan. Jadi, if kita just baca tanpa emosi, adakah kita dan pendengar tersebut terkesan? Walaupun ianya adalah penegasan. Tapi cuba kita baca semula dengan penghayatan dan emosi, pastinya ia akan memberikan satu kesan yang sangat positif.

Dan pada akhir ayat tersebut pula, ALLAH berfirman "bertaqwalah kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat". Justeru jelas ukhwah tadi adalah untuk mendapatkan rahmat ALLAH. Dan Rahmat ALLAH tadi perlu dimulakan dengan mencintai, dan bertaqwa kepada ALLAH dulu. Jelas? Harap jelas la ye =)

Kebanyakan kita pada hari ini memang mudah mengungkapkan "ukhwah fillah", "uhibbuki fillah" dan selevel dengannya. Kata-kata ini terungkap tatkala kita bersama-sama dengan orang2 yang solehah, akhawat, mungkin dalam program, atau bila-bila sahaja yang kita bersama dan bertemu bersama mereka. Namun, bagaimana bila kita bersendirian? Maksudnya adakah kita sekadar menjaga hubungan bersama para akhwat dan membiarkan hubungan kita yang lebih penting tadi dengan Pencipta kita,ALLAH? Mari kita bermuhasabah sejenak.

Tatkala bersendirian bagaiman solat fardhu kita? Akhlak kita?. Kesimpulannya menjaga hubungan dengan ALLAH itu adalah keutamaan kita, manusia yang beriman sampai bila2, di mana2 sahaja. Justeru siapa pun teman kita, kita mampu berukhwah dengan ukhwah imaniyyah, ukhwah atas dasar kepentingan saudara sesama muslim. Ukhwah yang terjalin atas kerana sebagai hamba ALLAH.

wallahu'alam..*post ni sangat panjang, jadi it will be continued soon. insyaALLAH ^_^

Wednesday, December 15, 2010

putih

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x sollu'alan nabi
Syukur dengan segala nikmat yang diberikan. Tidak lupa juga nikmat dipertemukan dengan akhawat, berukhwah, dan segalanya.

Teringat ketika berada di atas Komuter dalam perjalanan menuju ke UKM,Bangi. Mula-mula tak kenal pun ada orang yang sama tujuan nak pi mukhayyam dalam tu. Dan bila nak balik rumah semula after mukhayyam, balik juga dengan orang yang jumpa mula-mula tadi.Tapi dengan rasa ukhwah walaupun sekejap je pun jumpa. Oh lupa, rupanya kami juga satu khemah. =) comel

Refer kat tajuk posting Putih. Mula-mula ada orang yang shoutbox kat blog ni "Putih apa khabar?". Tanpa berfikir panjang terus menjawab "Putih kat Terengganu". Sebab ingatkan nak tanya pasal kucing kitorang kat rumah sewa yang namanya Putih. Rupa-rupanya Putih, Si Anak Tiri Mak Merah.

Pengalaman yang baik dapat berlakon dengan beberapa pelakon yang professional. Terutamanya director yang juga memegang watak Siti Belalang. =) Pak Belalang pun tak kurang hebatnya ye. ^_~

InsyaALLAH.saya akan ingat kenangan itu selamanya.

"Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah.Itulah ukhwah kerana kita seakidah!"
sayang antunna semua ;D


Sunday, December 12, 2010

5 pemboleh ubah

bismillah walhamdulillah.
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x sollu'alan nabi

Mukhayyam Rabitah Hati sudah pun tamat. Kenangan yang sangat indah. =) Saya suka. Tahniah buat antunna yang menjayakan program. Semoga ALLAH menilai dan memberi ganjaran atas usaha antunna terutamanya para AJK.

Sedikit perkongsian untuk Slot 1 (buat Dekya terutamanya yang menunggu2)

Pengisi menjelaskan tentang 5 pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah di mana kita perlu menjaga ikhtilat (pergaulan) dengan yang ajnabi atau yang boleh dinikahi.

1. Mengikut ruang dan masa.

Antara ruang awam atau private. Contohnya if tempat yang awam, ramai orang, jadinya wajar je if kita diminta berucap tapi if berlainan jantina berdua dalam tempat yang gelap jadinya tidak wajar walaupun membuat statement untuk study group.

2. Dari segi masa

Antara siang dan malam. Contohnya kalau ada perjumpaan sampai lewat malam, jadi kita patut bertegas untuk hadkan masa. Sebab malam waktu gelap dan bahaya. Zaman sekarang siang pun bahaya, malam apatah lagi.

3. Usia.

Antara tua dan muda. Contohnya andai kata seorang nenek nak cakap dengan seorang yang sebaya cucunya, jadi si nenek boleh aja cakap seperti biasa maksudnya takde sampai kena cakap tunduk. Tapi jika orang muda yang berlainan jantina, umur pun tua mudanya setahun dua maka perlulah menjaga pandangannya.

4. Hubungan kekeluargaan

Contoh: Ali berumur 20 tahun. Mak cik Ali yang berumur 40 tahun datang rumah ketika Ali berseorangan di rumah,jadi boleh untuk Ali membenarkan mak ciknya masuk ke rumah dan Ali masuk ke biliknya serta segera menelefon ahli keluarganya yang lain tentang kehadiran mak ciknya itu. Maksudnya kita memuliakan ahli keluarga. Jangan melayan mereka seperti orang yang tidak kita kenal walaupun pada dasarnya dia bukan mahram kita.

Tapi if sepupu, tidak bolehla kan. Refer balik point2 di atas.

5. Fatwa Hati atau kata lain fikirlah sendiri dalam keadaan yang dapat membezakan dosa dan kebaikan.

Contohnya kita sebenarnya boleh fikir kalau sepasang manusia yang memang tak nikah lagi duduk di tempat sunyi, jadi pastinya tidak elok kerana kita tahu yang ketiganya adalah syaitan. Ia perbuatan berdosa. Tapi itu jika hati kita dapat membeza dan merasai antara yang hak yakni benar dan yang batil. Tapi jika hati kita adalah sebaliknya, kita pun merasakan "Dua-dua tak bermakna buat maksiat. Study group je pun. Sembang2 je" dan berjuta2 lagi alasan tanpa mendahulukan kata2 Pencipta kita, perintah ALLAH beserta laranganNYA.

Boleh jadi jugak dalam situasi ni, menuntut kita untuk fikir dan rasa keyakinan kita pada segolongan manusia. Contohnya Siti baru je kenal Abu. Then Abu nak mintak tolong hantarkan Siti ke rumah, so kat sini Siti boleh fikir la yang adakah Abu itu boleh dipercayai?

Kesimpulannya, kelima-lima pemboleh ubah ni sebenarnya membolehkan kita untuk berfikir kewajarannya dalam kita bergaul sesama berlainan jantina. Islam tidak menghalang perhubungan, tapi ia ada batasannya. Ayuh kita kembali berpegang pada ajaran Islam, yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Sekian. Nama-nama yang digunakan untuk contoh di atas hanya contoh sahaja. Tiada kena mengena dengan mana-mana pihak. Maaf atas segala kekurangan dan kesalahan. Moga kita lebih mendalami ilmu2 Islam agar tidak berada dalam kejahilan tentang agama Islam itu sendiri.
wallahu'alam



Thursday, December 9, 2010

esok 10.12.2010

bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x wasollu'alan nabi

InsyaALLAH esok, saya dan kawan2 akan bermukhayyam.
Inilah first time saya bermukhayyam selepas habis sekolah.

Mukhayyam Rabitah Hati. Semoga ianya seindah namanya. ^_^

sekian

Monday, December 6, 2010

salam maal hijrah



bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Kini berada di rumah yang tercinta. Yop dah tak duduk sekali. Mungkin cari jalan untuk lebih berdikari. Walau di mana dia berada moga rahmat dan kasih sayang ALLAH bersamanya.amiin

Jadi menjelang Maghrib ini, maka kita semua akan menyambut Tahun Baru mengikut kalendar Islam, 1 Muharram 1432 Hijriah. Begitulah putaran masa yang giat memutarkan waktunya sehingga kehidupan terasa berlalu dengan pantasnya.

Selaju mana pun masa berlalu, sebagai muslim wa muslimah, tiap masa kita dicatatkan amal perbuatannya. Tidak tertinggal satu pun. Justeru, mari kita perbetulkan semula niat kita, perkuatkan azam kita, perbanyakkan amal kita dan perkemaskan langkah kita untuk mendekatkan diri kita kepadaNYA agar kehidupan yang pantas ini tidak berlalu dengan sia-sia. Di dunia inilah tempat kita untuk mencari bekal untuk di bawa ke dunia akhirat yang kekal abadi. insyaALLAH

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

amin ya Rabbal 'alamiin


Sunday, December 5, 2010

penang

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum

Alhamdulillah3x wasollu'alan nabi.
akhirnya sem 3 sudah tamat.

sekarang berada di Permatang Pauh. Dan buat julung2 kalinya membawa motorsikal di highway. (kat Penang pulak tu, kat kL pun tak pernah - ikut syafiqah) Perjalanan mengambil masa selama satu jam sebab tak ikut highway dari Permatang Pauh ke Kg. Rantau Panjang. tak sangka =.=

Tapi sekali sekala bermusafir best jugak.. macam lagu Mirwan-Hikmah Kembara;" berjalan bermusafirlah, melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk meraka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaNYA.."

Dan bila kita bermusafir ni, kita dapat didik hati untuk sabar, kuat semangat, dan menggunakan potensi yang ada dalam diri kita semaksimumnya (bawak motor atas jejantas.habis.). Itulah yang saya dapat hari ini. =)

Walaupun takut jugak bawa motor di lebuh raya, tapi bila kita yakin ALLAH bersama kita, maka insyaALLAH dipermudahkanNYA.

sekian