Tuesday, September 3, 2013

Kenangan 4 tahun lalu...

Bismillah walhamdulillah.
Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Alhamdulillah, Allah masih memberikan kita nikmat iman, Islam, kesihatan, masa lapang dan nikmat2 yang lain. Bagi adik2 yang telah berjaya mendaftarkan diri di institusi pengajian tinggi awam / swasta, tahniah diucapkan. Semoga semangat adik2 dalam menuntut ilmu kekal hingga ke akhirnya. Insya-Allah.


Ayuh sertai PEMBINA di IPTA/S anda!

Teringat pertama kali menjejakkan kaki di Universiti Malaysia Terengganu. Kami disambut baik oleh abang2 dan kakak2 fasilitator UMT. Mereka siap angkatkan barang2 kami dari kereta ke bilik. Terasa kehadiran sangat dialu2kan masa tu. :) Tidak ketinggalan, akhowat senior pun menyambut kehadiran kami dengan baik. Kami makan tengah hari sama2, iftar sama2, dan solat sama2. Alhamdulillah satu keadaan yang amat menghiburkan untuk seorang junior yang bakal terpisah dengan ahli keluarganya. 

Kehadiran di bumi Terengganu Darul Iman satu takdir yang cukup sweet dan bermakna. Teringat dulu masa pegi halaqah tahun pertama, kami sama2 naik basikal ke rumah akhowat, melalui jalan2 kampung yang gelap gelita. Pernah jugak jalan kaki. Tawakal habis masa tu. 

Kadang2 murobbiah ajak riadah, so kami akan jogging di pantai Tok Jembal. Pantai ni dekat sangat dengan hostel. Lepas jogging, singgah makan roti canai dekat depan Batollion atau makan nasi lemak dekat depan Taman Desa Wira. Waktu ni, stadium UMT tak wujud lagi. Lepas stadium ada, kami beralih untuk jogging kat situ. Biasanya hari Sabtu sebab hari Jumaat ada program. Tapi lepas jogging akan singgah di gerai Mok Yah, makan nasi lemak hehe.

Ok, waktu awal2 semangat naik basikal dulu, kami ni akhowat junior pernah naik basikal pergi ke pesta konvo UDM sebelum UDM bertukar nama ke UniSZa. Masa tu tak ingat penat, just ingat nak jumpa akhowat yang dah lama tak jumpa. Ada satu lagi peristiwa naik basikal, kitorang pegi pasar malam hari selasa yang berada atas sikit dari UniSZa. Masha Allah, time tu memang tekad takkan pegi dah naik basikal. Jauh kut.. Paling tak tahan ada akhowat pegi Pasaraya Hock Kee Seng naik basikal. Memang rasa muda la time tu. ^_^

Masa tahun satu dan tahun dua, basikal la jadi peneman kami. Pegi ko-k, pegi kampus, balik rumah dan pegi kelas malam. Naik tahun tiga, mungkin dah rasa malu sikt hehe, kami naik van kuning. Kadang2 naik bas UMT dan kalau bas lambat jalan kaki ataupun tumpang naik moto akhowat.Time by time, akhirya ramai akhowat ade motor sendiri. 

Dan masa masuk UMT ni lah kami ditaklifkan oleh murobbiah untuk cari mad'u. Masa ni jugak la belajar melawan rasa malu, jadi peramah, banyak baca buku dan terlibat aktif dalam program2 tarbiah. Bukan mudah nak buat semua ni. So macam2 kitorang buat. Kitorang ketuk bilik ke bilik, jual button batch la, edar risalah la, ajak gi taklim la, ajak tadarus dan macam2 lagi. Walaupun tak la dapat tarik banyak, tapi ukhwah buatkan kami tak pernah putus asa. Alhamdulillah.

Dan paling tak dapat dilupakan bila kitorang terlibat untuk menfollow up adik2 poli. Kadang2 rasa down sebab bayangkan, kita tak dapat masa cuti macam kawan2 kita yang lain. Mereka boleh outing, buat assignment dsb, tapi kite laksanakan misi yang lebih besar. Alhamdulillah, baru2 ni jumpa salah sorang adik tu, dia masih dalam tarbiah..alhamdulillah.

Panjang lagi sebenarnya cerita ni, tapi dah tak larat nak taip. ;p

Kesimpulannya, ada suatu hikmah yang sangat best bila tercampak kat Terengganu. Percaya dan yakinlah walau kat mana pun kita dicampakkan, Allah ada bersama kita. Sekarang bila dah dicampakkan balik kat KL pun masih ada benda2 baru dan pengalaman2 baru. Semoga kita berjaya dalam pembinaan jati diri sebagai seorang muslimah dan berjaya dalam bidang akademik sebagai seorang mahasiswa/i. Insya-Allah.

Meneraju Arus Mahasiswa. 
Membangun Umat Beragenda.


0 comments:

Post a Comment