Monday, September 23, 2013

Ikhtilat

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah petang tadi berjaya jugak menjejakkan kaki ke tempat interview. Walaupun hati macam tak confident sangat.

Ok. Back to the title, Ikhtilat.

So, try google dan cari maklumat ikhtilat. 


Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.

Istilah Syariat Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?


Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialahTidak , secara pastinya tidak.

Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.





Ok. Dapat sikit ilmu berkenaan bab ikhtilat ni. So, sebenarnya kadang2 kita tak perasan kita kurang menjaga ikhtilat. Tapi bergantung jugak pada kefahaman seseorang tu. Kadang2 ada yang merasakan mereka masih mampu untuk menjaga hati. Tapi ada jugak yang sebaliknya.

Lagi2 sekarang dengan kewujudan medium sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya, jadi seharusnya kita lebih berhati-hati dalam menjaga ikhtilat ni. 

Dulu kalau sebelum dapat tarbiah mungkin tak jaga pun batas pergaulan. Berbalas sms dengan kawan2 laki bukan main lagi, mesej mengarut-ngarut, sembang yang ntah ape2 ntah. So bila kita sedar dengan kejahilan dulu tu, rasa macam malu sangat. Rasa berdosa sangat. So kadang2 akan lebih aware. Sebab sedar iman kita akan mudah goyah kalau tak dikawal. Maruah pun lebih terjaga dan terpelihara. insya-Allah.

Tapi fitrah manusia memang nak kan pasangan. Cuma kena sabar. Nampak macam mudah je cakap sabar. Tapi nak sabar perlukan mujahadah. Kalau dah tiba masa dan waktunya, dengan saluran yang betul, insya-Allah akan lebih berkat. Dan tak akan menimbulkan fitnah, lebih2 lagi yang membawa imej Islamik. 

Sepanjang perjalanan tarbiah ni, alhamdulillah banyak dah kelihatan binaan Baitul Muslim yang terbina dengan saluran yang terjaga. Anak2 mereka pun soleh solehah. Insya-Allah. 

Dalil Larangan Mendekati Zina:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.(Al Israa: 32)



Na'uzubillahi minzalik. 
Semoga kita, ahli keluarga dan kawan2 dapat melindungi diri dari mendekati zina. amieen..

0 comments:

Post a Comment