Sunday, September 29, 2013

Pekerja upahan?


Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dah selesai part time di Putrajaya sempena Karnival Usahawan Desa (KUD) selama 3 hari. Tadi melawat anak buah di hospital. Semoga Allah memberi kesembuhan kepada Aniq dan memberi kesabaran kepada abang dan kakak. amieen.

Ok, back to the title. Pekerja upahan?

Pada suatu ketika ada yang bertanyakan..(mesej yang lebih kurang maksud dia macam ni)

"Kamu dibayar ke untuk berprogram ni?"
"Atau sukarela?"

Terkedu sekejap. Tak reti nak explain. Terkesima pun ada jugak dengan soalan ni.


Syeikh Fathy Yakan menyatakan:

Dia mengetahui bahawa penggabungannya ini bukan sekadar penggabungan berdasarkan kelahiran atau warisan. Tetapi dia memahami Islam dan memahami bahawa bekerja untuk Islam adalah isu paling genting yang menentukan kesudahan dirinya; Islam dan bekerja untuk Islam merupakan risalah hidupnya, di mana dia diciptakan untuk melaksanakan risalah tersebut di dunia ini. Begitu juga, kebahagiaan dirinya di dunia dan akhirat hanya tercapai dengan memberikan komitmen kepada Islam dan melaksanakan tuntutan Islam. Sebarang pelanggaran atau kecuaian dalam perkara ini akan diikuti oleh dosa, perhitungan amal dan pembalasan.”


Rujukan: Intima' Jamaie



Saya meyakini hakikat penggabungan ini. Insya-Allah mudah2an hingga ke akhir hayat. Amiien. Dan didoakan semoga Allah murahkan rezeki akhowat yang fresh graduate untuk dapat pekerjaan yang halal dan yang paling penting tidak menghalang untuk beramal di medan masing2. amieen.

Jadi, kami bukanlah diupah. Walau kadang2 kelihatan tak dapat apa2 tapi hakikat tanggung jawab telah merelakan kami berkhidmat demi Islam. insya-Allah

Takbir! Allahuakbar!
Teringat taujhat muwajjih yang kita buat kerja ni kerana kita bangga dengan Islam dan semoga dengan kerja2 ni dapat menambahkan saham2 kita dan Allah mengampunkan dosa-dosa kita.


0 comments:

Post a Comment