Tuesday, July 31, 2012

Pusingan kedua Ramadhan


Bismillah walhamdulillah
Masih lagi bernafas, dan alhamdulillah dengan segala nikmat-Nya.

Macamana Ramadhan kita kawan2? 
Tahun ni puasa dengan banyak aktiviti. Especially kat lab. Dari 8 pagi -4 petang. Ada tu, balik lab buat tadarus. Lepas tadarus pergi rumah akhwat untuk mabit. Alhamdulillah. Walaupun penat tapi ia menggembirakan. Busy yang berbaloi daripada duduk free2 kat rumah. ^^, Hilang jugak rasa rindu kat umah bile join akhwat. Duk ramai2 kadang2 rase macam adik beradik pulak. huhu

Solat sunat tarawikh pun first time sebenanye solat kat Masjid UniSZA. Sebab dulu2 solat kat Surau Al-Irfan je. Tapi sekarang nak tukar mood. Kebelakangan ni ada akhwat ajak solat kat Masjid Tok Jembal. Best kat Terengganu ni ada banyak masjid. Jarak antara masjid pun tak de la jauh sangat kalau naik kereta. :)

Yang paling best sekali, pasal eel flesh untuk FYP ni dah settle. Syukur sangat. Sekarang tengah run proximate. After naik sem nanti baru buat analisis lain. Ya Allah, permudahkanlah..harap2 dapat habiskan on time. Dan dipermudahkan dapat tempat LI. Amieeen.

So lepas raya ni kene tolong uruskan majlis kahwin Yop pulak. Sedih jugak bila dia nak kahwin ni. Almaklumlah time dia tak kahwin lagi ni senang nak ajak pi mana2. Nanti dah kahwin mungkin mesti kene utamakan keluarga dia dulu huhu. Takpela papepun happy jugak dapat kakak ipar insya-Allah. Ada rezki lebih harap2 dapat pulak anak buah :) Semoga majlis berjalan lancar, dan aku doakan jodoh mereka kekal ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. amieen *doakan sekali ye kawan2.

Dan untuk Dk, moga sem depan lebih terancang dan follow up yang lebih teratur. amieen.

Sekadar nak share ayat ni..(lama betul tak share dalil) --.'

Surah An-nisa' ayat 95: Tidaklah sama antara orang yang beriman yang duduk tanpa mempunyai uzur dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan darjat orang2 yang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang2 yang duduk (tidak ikut berperang).

Surah At-Taubah ayat 41: Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Semoga Ramdhan kita kali ni lebih baik, moga Allah mengurniakan hati yang bersih, jauh dari sifat2 mazmumah dan mengampunkan dosa2 kita yang lalu. Amien ya Rabbal'alamien.

Ramadhan Kareem, Allahuakram!

Asma Amanina,
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah,
Universiti Malaysia Terengganu.

p/s: Barakallah buat kawan2, ikhwah wa akhwat yang bakal mendirikan rumah tangga. :) Doakan jodoh saya 'ringan' jugak ^^,'

0 comments:

Post a Comment