Tuesday, July 17, 2012

Aura Ramadhan 1433 H

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah thumma alhamdulillah dengan segala nikmat Allah.
Semakin dewasanya diri, semakin kita diuji dan diuji sesuai dengan kemampuan kita. Dan, bagi kami bakal pelajar tahun ke-4 @ tahun terakhir ini, dua sem terakhir ini adalah sem yang begitu mencabar sebelum menamatkan pelajaran pada tahun hadapan. Insya-Allah doakan.

Untuk FYP, nak tak nak, suka atau tidak, saya terpaksa berhadapan dengan belut2 tu. (Moga Allah bagi kekuatan. Amien). Sesuatu benda baru, dan pengalaman baru. Bila berjaya berhadapan dengan suatu "ketakutan" tu rasa sangat bersyukur. (Tapi harap2 tak berhadapan lagi T.T)



Untuk Ramadhan yang bakal tiba ni nanti, alhamdulillah 'aura' dia semakin terasa. Mungkin sebab suasana kat sini (Terengganu) banyak membantu. Kat sini duduk dengan akhwat, ada mabit, dan yang paling best ada HQ! Alhamdulillah. Nikmat2. :D Di tambahkan pulak haritu baru habis program TOT tu. Rasa banyak dah hidayah, petunjuk yang Allah bagi untuk memperbaiki diri. Diri ni je yang nak tak nak. Astaghfirullah..:'(

Dan di tengah2 mencari 'hati' sempena bulan Ramdhan yang bakal tiba ni, Allah bagi lagi peluang dengar ceramah dari sukarelawan Malaysia yang ke Gaza. Dalam ceramah tu, dia selalu tekankan yang kalau kita nak jadi sukarelawan ni, kena rapat hubungan dengan Allah. Yela, kebiasaan tempat yang kita datang tu adalah tempat2 yang ditimpa musibah. Dan musibah yang datang tu mungkin hasil dari dosa2 manusia atau sebagai peringatan. Jadi, beliau berpesan yang sepatutnya kehadiran kita time tu memberikan rahmat, bukan sebaliknya.

Lebih special dalam ceramah beliau ialah apabila beliau menceritakan tentang bantuan Allah yang datang time tu tanpa pengetahuan diorang sendiri. Tapi disedari oleh pihak musuh. Subhanallah, istimewanya mereka kerana dapat pertolongan direct dari Allah.



Amanina, moga sentiasa diberkati Allah. *Amien. Semoga saya boleh jadi seperti mereka. amien3


Jadi, kehebatan kita bukan terletak pada salasilah keturunan kita, pangkat atau harta tapi terletak pada keredhaan Allah pada kita. Tidak guna hanya mulia di pandangan manusia tapi hina di pandangan Allah dan makhluk sekaliannya. Sungguh, alam semesta juga tidak meredhai maksiat yang kita buat.

Tatkala ini, saya selalu bimbang dan memikirkan, adakah bila berhadapan dengan ancaman2 yang hebat, saya mampu mengekalkan dan mempertahankan akidah sebagaimana yang dilakukan oleh Sumaiyah, Bilal, dan para sahabat yang lain? Ya Allah kuatkanlah iman kami. Semoga syurga-Mu yang kami lebih giurkan dan idamkan dari kenikmatan dunia yang palsu.

Insya-Allah semoga Ramdhan kali ni lebih dihayati. Sama2 tingkatkan usaha dalam beramal. Kalau kita hebat dalam study, hebat dalam kerjaya maka seharusnya kita menunjukkan kesyukuran kita atas nikmat yang Allah bagi tu dengan hebat jugak dalam hubungannya dengan Allah dan manusia di sekelilingnya. Sungguh, segala kebaikan yang kita buat adalah untuk diri kita. Begitu juga dengan keburukan yang kita lakukan, ia juga adalah suatu kerugian buat diri kita.

Sekian saja curhat pada kali ini.
Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga beroleh redha Allah dan menjadi golongan yang bertaqwa. Amien.

Asma Amanina
Anjung Seri Tarbiah
Terengganu Darul Iman

1 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah =) hidup ni mesti seimbang.. dunia dan akhirat kedua-duanya penting.. bekerjalah di dunia seperti ingin hidup 1000 tahun lagi..dan beribadatlah kpd Allah spt ingin mati esok.. =) salam ukhuwah..
my latest entry " Bertuahnya Khadam Rasulullah "..kalau sudi silalah ziarah.. http://dochana93.blogspot.com/

Post a Comment