Sunday, May 22, 2011

nice

Bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH yang masih lagi memberi peluang untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulillah3x. Wa sollu 'alan nabi.

Tidak dapat dinafikan sesungguhnya agak sukar untuk menjaga stamina iman time kerja ni. Mungkin sebab terlalu letih. =.= *tapi itu bukan alasan

Ada sesuatu yang saya nak share dalam posting kali ini.

Ia berkenaan rezeki.
Sesungguhnya ALLAH sangat pemurah.
Terutamanya bila berniaga.

Lihat sahaja kawasan sekeliling rumah kita yang dipenuhi gerai-gerai.
Ada sahaja pelanggan yang datang.
Walaupun ada berderet-deret kedai yang lain bersebelah-sebelahan, namun kedai mereka tak pernah tutup.
Pendek ceritanya, ada je orang datang beli.
Sesungguhnya ALLAH sangat sangat pemurah.

InsyaALLAH kalau kita berusaha, pasti ada hasilnya.

Tapi,

Jangan sampai kekayaan dunia menghayutkan kita.

Solat jangan lupa. Itukan tiang agama.

Solatlah tanda kesyukuran kita atas rezeki yang ALLAH berikan.
Nikmat kesihatan yang ALLAH hadiahkan.
Jadilah kita hamba yang bersyukur.

Bukan hanya ingat ALLAH bila susah,
bila ada masalah.

Dan yang paling penting
ingatlah kepada ALLAH jualah kita dikembalikan.

Maka,
mari kita doakan moga-moga diri kita dan orang2 yang berada di sekeliling kita,
sentiasa dibukakan hati agar menerima hidayahNYA,
dan sentiasa meletakkan ALLAH no. 1 dalam hati kita.
amieen ya Rabb

Bersyukurlah :)

0 comments:

Post a Comment