Wednesday, May 4, 2011

the end

bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji2-pujian hanyalah buat ALLAH yang Maha Kuasa. Alhamdulillah yang tidak terucap banyaknya buat segala nikmatNYA. Wa sollu'alan nabi.

Maka, hari ini adalah hari terakhir final exam untuk sem 4 di medan ini. Makanya jua, persiapan, kemas2, dan angkut2 barang perlu dilakukan kerana untuk sem depan rumah sewa Raudhah Solehah ni tidak lagi kami duduki. =.=
sayu..=,=

Pastinya banyak kenangan dan pengalaman sepanjang kami bersama. Ada suka ada dukanya, ada manis dan pahitnya yang mengajarkan kami erti kehidupan yang tidak luput dari ujian Tuhan buat menguji keimanan hambaNYA. =)

Alhamdulillah semuanya dapat ditempuhi dan harapannya moga ukhwah ini bukan hanya di sini, namun tetap di hati yang sentiasa diingati.

Beberapa minggu lepas sebelum final exam,


sebelum dibersihkan



selepas dibersihkan :)

kami sempat untuk bergotong-royong buat terakhir kalinya. ^^,'
Dan semalam..tanpa dirancang,

ada nugget, strawberi, pisang ^_^

makan bersama coklat :p

dan kek batik lunia harisyab =)

RS telah mengadakan jamuan kecil2an sempena dua orang akhowat yang bakal grad (yang berada di tempat kejadian, ada ramai lagi akhowat yang nak grad sebenarnya). ='( . Jazakillah buat mereka yang sponsor makanan2 di atas.

Jadi, beginilah pengakhirannya.Buat bakal para akhowat yang nak grad, tahniah atas kejayaan menamatkan pengajian dan moga ukhwah, tarbiah dan dakwah masih berterusan walau di mana antunna berada. Ingatlah semangat tarbiah yang kita bina di sini, semoga ianya menjadi penguat buat diri kita yang sebenarnya di medan sendiri nanti.

Dan segala kesilapan, kekurangan mohon dimaafkan. Moga ukhwah ini berpanjangan demi ALLAH dan Islam.

Bila ukhwah kerana ALLAH-->>"Bertemu tak jemu, Berpisah tak gelisah."

Sayang antunna kerana ALLAH B-)

2 comments:

adeq said...

salam aman blog baru ke?mana cahaya cita-cita kami.hehe.

adik said...

sedapnye

Post a Comment