Tuesday, May 24, 2011
terhibur
Sunday, May 22, 2011
nice
Monday, May 16, 2011
kerja kuat ^__^'

Saturday, May 14, 2011
beringat
Tuesday, May 10, 2011
dilema kerja

Alhamdulillah3x Segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan selamat telah sampai ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Ukhti Fiza hari Ahad lalu. =) jazakillah khair ukht. Tahniah! Anti boleh! =D *iklan.
Semestinya cuti yang panjang menjadikan kita memikirkan aktiviti2 yang hendak diisikan selama tempoh percutian lebih kurang 4 bulan ini. Kebanyakannya memutuskan untuk mencari kerja lantaran keperluan kewangan dan juga inilah masa yang ada untuk membuat lesen kereta.
Semestinya pelbagai dilema kerja yang dihadapi;
Tentang pemakaiannya,
Tentang solatnya,
Tentang pergaulannya,
Saturday, May 7, 2011
doakan (^_^)
Wednesday, May 4, 2011
the end
Segala puji2-pujian hanyalah buat ALLAH yang Maha Kuasa. Alhamdulillah yang tidak terucap banyaknya buat segala nikmatNYA. Wa sollu'alan nabi.
Maka, hari ini adalah hari terakhir final exam untuk sem 4 di medan ini. Makanya jua, persiapan, kemas2, dan angkut2 barang perlu dilakukan kerana untuk sem depan rumah sewa Raudhah Solehah ni tidak lagi kami duduki. =.=
Pastinya banyak kenangan dan pengalaman sepanjang kami bersama. Ada suka ada dukanya, ada manis dan pahitnya yang mengajarkan kami erti kehidupan yang tidak luput dari ujian Tuhan buat menguji keimanan hambaNYA. =)
Alhamdulillah semuanya dapat ditempuhi dan harapannya moga ukhwah ini bukan hanya di sini, namun tetap di hati yang sentiasa diingati.
Beberapa minggu lepas sebelum final exam,
kami sempat untuk bergotong-royong buat terakhir kalinya. ^^,'
Dan semalam..tanpa dirancang,
RS telah mengadakan jamuan kecil2an sempena dua orang akhowat yang bakal grad (yang berada di tempat kejadian, ada ramai lagi akhowat yang nak grad sebenarnya). ='( . Jazakillah buat mereka yang sponsor makanan2 di atas.
Jadi, beginilah pengakhirannya.Buat bakal para akhowat yang nak grad, tahniah atas kejayaan menamatkan pengajian dan moga ukhwah, tarbiah dan dakwah masih berterusan walau di mana antunna berada. Ingatlah semangat tarbiah yang kita bina di sini, semoga ianya menjadi penguat buat diri kita yang sebenarnya di medan sendiri nanti.
Dan segala kesilapan, kekurangan mohon dimaafkan. Moga ukhwah ini berpanjangan demi ALLAH dan Islam.
Bila ukhwah kerana ALLAH-->>"Bertemu tak jemu, Berpisah tak gelisah."
Sayang antunna kerana ALLAH B-)
Monday, May 2, 2011
teknik hikmah
Perkongsian dari: Klik di sini
Perbahasan juga menyentuh tentang maksud menulis dan berdakwah dengan HIKMAH.
Berbekalkan pandangan al-Imam al-Raghib di dalam kitabnya al-Mufradaat, hikmah itu mengandungi 4 makna dasar iaitu:
- AL-MAN’U (المنع). Dakwah yang berhikmah mesti ada unsur menghalang orang daripada kepercayaan, kefahaman, pilihan dan tindakan yang salah.
- ISAABAH AL-HAQ BIL ‘ILM WAL ‘AQL (إصابة الحق بالعلم و العقل). Dakwah yang berhikmah juga mestilah mampu dan berjaya menyampaikan mad’u kepada kebenaran, dengan memanfaatkan ILMU dan AQAL.
- AL-MA’RIFAH (المعرفة). Dakwah yang berhikmah mesti mampu membina makrifah, yakni gambaran yang betul dan lengkap bagi kefahaman seseorang tentang topik yang didakwahkan.
- AL-FI’L (الفعل). Dakwah yang berhikmah juga bukan sahaja menghalang orang daripada kesalahan (unsur 1), malah ia juga mesti menjelaskan tindakan gantian kepada apa yang ditinggalkan itu. Ia mesti mendorong kepada tindakan perbuatan
TEKNIK HIKMAH
Teknik membina keupayaan mencari hikmah juga disentuh terutamanya pada mengambil penjelasan al-Quran berkenaan ULUL ALBAAB.
- Ulul Albaab mempunyai horizon renungan yang lengkap iaitu kombinasi ZIKIR dan FIKIR. Zikir memandunya kepada KHALIQ dan Fikir membantunya berhubung dengan MAKHLUQ. Di sini kunci pencegah konflik antara Syariatullah dan Sunnatullah, antara Agama dan Sains, antara Ikhtiar dan Tawakkal, Antara Sebab dan Musabbab dalam Qadha’ dan Qadar. [Aal 'Imraan 3: 190-191]
- Ulul Albaab merupakan pendengar yang baik. Mendengar terlebih dahulu pendapat yang hadir kepadanya, memuliakan kebenaran dengan memilih yang terbaik. Ulul Albaab belajar dan baca apa yang dia suka serta apa yang dia tidak suka, bergurukan guru yang dia suka dan guru yang dia tidak suka. Semuanya adalah untuk membentuk kefahamannya terhadap mengapa dia faham begitu dan orang lain faham lain. [Al-Zumar 39: 18]
- Ulul Albaab juga sentiasa mampu menghubungkan silam dengan semasa sebagai asas amalnya membina masa depan. Ulul Albaab belajar daripada sejarah, dan pengajarannya berkait langsung dengan dirinya. [Yusuf 12: 111]
Tiga elemen ini boleh menjadi asas membantu seorang pendakwah menjadi manusia yang fikiran, cadangan serta tindakannya BERHIKMAH yakni menepati masalah sebenar berbanding masalah kelihatan yang tak berkesudahan. Ketepatan itu membantu menghasilkan IMPAK pada tulisan yang ditanya oleh salah seorang peserta.
Pendakwah juga mesti berani keluar daripada zon selesa dan cuba meninjau zon cabaran supaya pendedahan dan horizonnya berkembang, dengan maksud mengembalikan manfaat kepada tujuan asal dakwah.
BODOH PERLU
“Kita juga mesti beberapa kali dalam hidup didatangi oleh rasa bodoh, untuk membolehkan diri berkembang lagi meningkat” saya menambah.
Semasa belajar, kita rasa semakin bertambah kefahaman tentang bidang yang dipelajari. Namun sebaik sahaja menamatkan pengajian, jika tidak didatangi rasa ‘bodoh’, maka setakat sijil, diploma atau ijazah itulah diri kita. Harus berkali-kali terasa bodoh, dan mencari jalan untuk menyembuhkan kebodohan sepanjang hayat tersebut.
Justeru, pendakwah, apatah lagi pendakwah yang mahu menulis, bukan sahaja dituntut terus membaca dan banyak membaca, malah juga mempelbagaikan pembacaan.
Sunday, May 1, 2011
titk permulaan ini
