Friday, December 9, 2011

sunnah perjuangan :)


Bismillahirrahmanirrahim.

Sesungguhnya kepayahan sebenar dalam berdakwah ialah kepayahan bersabar menerima ketentuan Allah, sehingga tiba janji-Nya, pada waktu yang Allah kehendaki mengikut kebijaksanaan-Nya. Di jalan dakwah ini terdapat banyak kepayahan: Pendustaan dan penyiksaan. Dolak dalih dan kedegilan. Berkembang dan tersebarnya kebatilan. Orang ramai yang terpedaya dengan kebatilan yang megah dan berjaya pada mata kasar. Juga kepayahan menahan jiwa untuk menghadapi semuanya itu dengan penuh redha, stabil dan tenang pada janji Allah yang benar. Tidak ragu-ragu atau berbelah bagi semasa merentasi jalan ini, walau macam mana sekalipun kepayahannya. Itu semua merupakan usaha besar yang memenatkan yang menuntut keazaman, kesabaran dan bantuan Allah Taala serta taufiq-Nya. Adapun tentang pertarungan itu sendiri, maka Allah Taala telah menentukan dan mentakdirkan bahawa Dia sendiri yang mengendalikannya, dan melanjutkan tempoh demi satu hikmah yang diketahui-Nya. Begitulah janji-Nya pada nabi-Nya yang mulia, akan dipenuhi waktunya.

Sumber dari: Buku Keluasan Islam.

0 comments:

Post a Comment