Friday, August 12, 2011

agama tunggak generasi gemilang

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kini menjelang 13 Ramadhan. Semoga kita berlumba2 berbuat amal kebajikan. Ini bulan yang ganjarannya sangat hebat dari ALLAH. Alhamdulillah.

Berbalik kepada tajuk posting pada kali ni:

Agama tunggak generasi gemilang.

Kebelakangan ini, saya seringkali terfikir dan berfikir betapa sukarnya untuk mendidik seorang manusia, sama ada anda adalah seorang daie atau yang paling realiti adalah anda adalah seorang ibu atau bakal ibu.

Pemikiran ini mungkin disebabkan oleh faktor sekeliling dan siaran2 televisyen yang memaparkan kisah2 ibu yang menyayat hati.

Sedar atau tidak sedar, perkahwinan bukan sahaja tertumpu tentang cinta, saling berkongsi kasih dan sayang namun ia adalah suatu tanggung jawab yang besar dengan harus mempunyai ilmu yang mendalam dalam melayari hal rumah tangga. Lagi2 dalam tanggung jawab mendidik anak2. Ini bukanlah hal yang remeh.

Justeru, di sini saya melihat- berdasarkan pengalaman peribadi dan fenomena sekeliling bahawa penerapan agama yang mantap dalam diri anak2 adalah sangat penting. Sebagai contoh ibu bapa seharusnya menerapkan suasana Islam sejak dari rumah. Contoh: Solat berjemaah, tilawah al-Quran, tazkirah dan perbincangan2 yang berkaitan dengannya.

Selain dari itu, sebagai ibu bapa, komunikasi yang baik adalah perlu agar kasih sayang terlihat oleh satu sama lain. Seorang anak tidak harus hanya mengharapkan agar diberi kasih sayang oleh ibu bapanya namun dia (si anak) juga harus menunjukkan kasih sayangnya kepada kedua orang tuanya.

Dan jika dilihat dari sudut material, seharusnya ibu bapa sentiasa bersikap berserdehana dalam memenuhi kehendak anak2. Tidak terlalu menuruti segala kehendak si anak kerana dikhuatiri akan memudaratkan sikap si anak tersebut.

Dalam hal ehwal rumah tangga ini juga, sememangnya ibu bapa perlulah sentiasa peka akan keadaan anak2, hikmah dalam memberi teguran, bertegas dalam memberi hukuman dan memberi ganjaran atas segala kebaikan yang bersesuaian.

Perkahwinan adalah suatu cabaran dalam kita membina generasi darah daging kita ke arah manusia yang berkualiti kepada agama, bangsa dan negara.

Jadi, bagi mereka yang belum mendirikan rumah tangga, adakah anda sudah bersedia menyahut cabaran ini? *fikir2kan

-Agama Tunggak Generasi Gemilang-

dan tarbiyah Islamiah bakal menghasilkan manusia yang berkualiti di sisi Tuhan dan masyarakat sekeliling. insyaALLAH :) ~harapanku~

Umat Islam pasti boleh ^^,


2 comments:

adeq said...

saya sedia ! hehe.

amanina baharuddin said...

Alhamdulillah..benda baik ni, cepat2 uruskan :) nak kad!

Post a Comment