Monday, July 4, 2011

waktu


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah di kesempatan ini, diri ini masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ALLAH ini. Wa sollu 'alan nabi.

Masa pantas berlalu. Cuti sem dah hampir 2 bulan. Dan dalam 2 bulan ni sangatlah susah untuk membina stamina iman tanpa kesungguhan yang benar. Ya, mungkin salah satu alasannya jauh dari biah ( keadaan) yang solehah (baik). Mungkin jua ada yang berpendapat, duduk di mana pun jika kita ada kesungguhan dan ada matlamat hidup yang jelas, pasti terjaga imannya. Kedua-duanya ada benarnya. Namun dalam menjalani realiti yang sebenarnya, kita masing2 diuji dengan situasi yang berbeza. Saya, kamu atau dia pasti diuji dengan ujian yang berbeza.

Hidup bersama mereka yang jauh dari agama adalah sesuatu yang pastinya tidak mudah. Kita tahu solat adalah tiang agama, dan juga rukun Islam pun melaksanakan solat lima waktu sehari semalam. Tapi sebagai seorang yang menjadikan Islam sebagai agamanya, solat bukanlah sekadar diketahui, tahu berapa rakaat, tahu berapa waktu solat, tapi adalah melaksanakannya. Sedihnya bila melihat mereka seakan tidak peduli dengan solat.

Selain itu, mungkin ada yang beranggapan apabila seseorang itu solat, sempurna dalam menutup auratnya, dia adalah sempurna. Mana mungkin dia sempurna, namun dia pasti berusaha dalam memperbaiki dirinya. Dia juga ada perasaan. Dia juga punya kesabaran.


Namun, atas kerana agamanya, dia tahu, dia perlu kawal perasaan dan kesabarannya. Agar mereka dapat melihat perilaku dia sebagai seorang pejuang agama. Tapi, kadang-kadang dia jua tertewas akibat bisikan syaitan yang azamnya tidak pernah berubah untuk membawa manusia mengikutinya ke neraka Illahi. Lagi-lagi dia seorang diri! Tiada teman penguat, yang memberi peringatan. Kadang-kadang jua dia merasakan ukhwah itu sekadar di dekatan, bukan di kejauhan. Di mana mereka semua hilang tatkala iman seakan hanyut dilautan?

Dan akhirnya, dia hanya mampu bersabar.

Bersabar.
Bersabar.
dan terus bersabar.
dengan apa yang ditakdirkan.

Doa dan tangisan adalah penguat dirinya buat hari esok dan hari-hari yang bakal dilaluinya nanti. InsyaALLAH. Moga dia sentiasa dikurniakan hati yang sabar. amien ya Rabb

0 comments:

Post a Comment