Friday, January 14, 2011

waspadalah!~


bismillah alhamdulillah

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNYA masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan dan memperbaiki kehidupan ini. Alhamdulillah wa Sollu'alan nabi.

Setiap antara kita pasti berbeza masalahnya, berbeza latar belakang keluarganya, berbeza sifatnya dan segala macam perbezaan yang ditakdirkan. Dan sebagai manusia yang lemah, kehadiran manusia disekelilingnya kadang-kadang bisa menguatkan mereka dengan cara meluahkan kepada mereka-mereka yang dianggap 'tsiqah' yakni dipercayai. Dan pastinya kepercayaan itu adalah dengan harapan ianya adalah rahsia dan bukan untuk diceritakan pada orang lain.

Bagi pendengar yang mantap akidahnya, pastilah luahan-luahan yang berbentuk keluhan atau kesedihan ini menjadikan pendengar membawa semula sahabat yang meluahkan kembali kepada ALLAH. Mengingatkan ianya adalah takdir. Sentiasa sabar. Pasti ada hikmahnya.

Ya, memang ianya adalah takdir. Meluahkan bukan bermaksud tidak puas hati. Bukan bermaksud menidakkan takdir. Nauzubillah. Tapi meluahkan adalah untuk merasa kebersamaan, mendapatkan kembali kekuatan tatkala merasa diri keseorangan menghadapi ujian Tuhan.

Justeru bagi yang menjadi pendengar yang dipercayai, janganlah menghilangkan kepercayaan yang diberi. Waspadalah dalam tutur katamu. Mungkin dalam anda berniat untuk menasihati orang lain supaya sabarlah dengan takdir Tuhan,kuatkan kesabaran,namun dalam anda tidak sedar nada yang dilontarkan sangat sinis dan seolah-olah tidak menghargai kepercayaan yang diberikan kepada anda.

Sesungguhnya apabila kepercayaan yang pertama telah dinodai, maka tiada lagi buat yang kedua dan seterusnya. Dan diam tidak semestinya tak kisah.

Maka, letakkanlah posisi mereka yang bermasalah itu ditempat anda. Fikirkanlah perasaan mereka. Mungkin sekarang mereka menghadapi ujian yang berat ini, dan tidak mustahil untuk kita yang merasainya jua nanti.

"Terlajak perahu, masih boleh diundur lagi, terlajak kata buruk padahnya..." by Inteam.

"Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan.." by Inteam.

dan akhirnya firman ALLAH dalam surah An-nur ayat 22:

"dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu? Dan ALLAH Maha Pengampun Maha Penyayang."

maka benarlah kata-kata ALLAH yang Maha Agung.

0 comments:

Post a Comment