Tuesday, January 25, 2011

ujian pada keyakinan.



bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x berjuta kesyukuran ke hadrat Illahi dengan segala nikmatNYA. wa sollu 'alan nabi.

Firman ALLAH di dalam surah At-talaq ayat 7.

" ....ALLAH tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan ALLAH kepadanya. ALLAH kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan."

Maka benarlah kata2 ALLAH yang Maha Agung.

Dalil ini saya terima oleh seorang sahabat ketika dalam perjalanan menuju ke Kemaman, Terengganu Darul Iman. Hati tersentak. Maka siapakah yang lebih tepat janjinya selain ALLAH?

Permulaan perjalanan ke sana, hati sangat gundah gulana dengan kuiz yang nak kena ingat banyak nama herbs,mushroom and so on and kena submit lab food prep report lagi. Terasa macam andai waktu bisa diputarkan, pastinya akan memilih langkah untuk tidak turut serta dalam program ini.Astaghfirullah.

Namun, alhamdulillah program tersebut sangat berkesan, menyeronokkan, dapat berta'aruf dengan akhawat dari daerah lain, dan macam2 lagi. Alhamdulillah.

Dan dipendekkan cerita, jam 2 petang hari Ahad tu ada kelas yang akan ada kuiz. Oleh kerana sampai rumah pun dah agak lewat malam tu, dicampurkan pula badan yang sakit keletihan akibat bermain pada paginya itu, maka tidak sempat pun untuk hafal dan fokus pada chapter yang akan masuk kuiz. Tambahan, kelas hari Ahad memang full dari 9 pagi hingga 4 petang. Jadi mustahil untuk dapat study chapter tu.

Tapi atas kehendak ALLAH yang Maha Hebat dalam mengatur cerita, kisah hidup hambaNYA, kelas pada jam 12 tengah hari batal dengan terperanjatnya. Maka dapatlah kami semua menelaah gambar2 herbs, mushroom etc yang akan keluar untuk kuiz pada hari kejadian. Dan lebih mengejutkan rupanya lab report food prep tu kena hantar hari Khamis. =)

As a conclusion, yakinlah dengan janji ALLAH. Sesungguhnya ALLAH sangat menepati janji.
Dan berdoalah moga tiap urusan dipermudahkan insyaALLAH ^_^


dalam kenangan =)

semasa perlawanan berlangsung,
team Band Of Akhawat =)


Buat akhawat Kelantan, Kemaman dan Kuantan, semoga berjumpa lagi di lain masa. insyaALLAH =) moga berukhwah kerana ALLAH. ~~


1 comments:

umat said...

salam alaiki, ukhti.

alhamdulillah, benar janji Allah itu pasi. cuma nak betul2 yakin dengan janjiNya bukanlah perkara yang senang. lidah melafazkan tapi tak semestinya hati betul2 yakin. kadang2 terselit juga keraguan di situ.

tapi insyaAllah, kita sebagai akhwat, masa kita tak sama seperti org2 awam. jadi, wktu kita haruslah lebih tersusun.

baru jadi akhwat mumtaz kan..jazakillah ukhti. entry yang sangat bagus. berkenaan sukan itu, jealous juga ana sebab tak dapat pergi. tapi Allah gantikan dengan sesuatu yang tak kurang juga berharganya.

Post a Comment