Saturday, February 14, 2015

Hakikat Perjuangan

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt
Sollu 'alan Nabi.

Hakikat perjuangan, tajuk entry saya pada hari ini.

Al-kisahnya tiba-tiba tadi saya teringat akan seseorang yang agak selalu memberikan komen yang negatif pada post2 saya di salah satu laman sosial. Tapi sudah lama saya tidak melihat komen2nya kebelakangan ini. Jadi bila saya selidik, barulah saya mengerti kerana saya sudah tidak 'attached' lagi dengan beliau dan saya agak terkilan dengan apa yang berlaku.

Saya mengenali beliau pada setahun yang lepas. Seseorang yang pada first impressionnya kelihatan seorang yang positif, kelihatan professional dan seakan2 boleh menjadi seorang idola bagi seseorang yang lain. Bicaranya sangat manis, perwatakannya mungkin bisa mempesonakan sesiapa yang melihatnya.

Hakikat perjuangan: Pertembungan memang akan berlaku.

Media sosial adalah satu medium dakwah yang mudah pada masa ini. Ianya juga menjadi satu tempat di mana pelbagai info dan maklumat boleh diketahui dengan mudah dan pantas. Jadi, sesiapa sahaja akan dapat access maklumat tersebut. Mempunyai ramai kenalan di laman sosial adalah satu kelebihan untuk menyebarkan dakwah mengenai Islam.Di laman sosial juga kita mudah mengetahui pendirian, pegangan, kesukaan, pemikiran, karakter dan macam2 hal mengenai seseorang.

Berbalik kepada 'beliau' yang saya ceritakan di atas tadi, first impression yang nampaknya perfectionalist hanya tinggal first impression. Bila kenal, baru tahu. Saya tidak suka menjadikan beliau adalah sebab untuk saya berpersepsi terhadap orang lain yang mempunyai ciri2 seperti beliau, tapi saya menjadikan hal ini suatu pengajaran yang bererti buat saya.

Islam adalah untuk semua manusia di bumi ini. Namun hanya insan yang terpilih sahaja yang akan mendapat taufiq dan hidayah dari Allah. Tugas kita sebagai muslim pula membuat amar makruf dan nahi mungkar. Namun Allah jualah yang memgang hati mereka. Semoga beliau dikurniakan hidayah oleh Allah suatu masa nanti.

Dan, tiada yang lebih sempurna dari menjadikan Rasulullah sebagai ikutan. Walau ramai yang membencinya, beliau tetap berlemah lembut dalam berakhlak dengan mereka untuk menyebarkan Islam dan menjadikan manusia bebas dari perhambaan kepada manusia. Kepada Allah jualah yang kami sembah dan meminta pertolongan.

Kesimpulannya, berkata benarlah walaupun pahit, kerana kebenaran pasti akan mengalahkan kebatilan. Maka beruntunglah golongan yang menegakkan kebenaran.

0 comments:

Post a Comment