Tuesday, December 31, 2013

Tahun Baru 2014

Bismillah walhamdulillah
Wa sollu'alan nabi

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah masa yang berlalu memang sekejap dan kita sudah berada dalam tahun yang baru.
Fasa-fasa kehidupan dilalui dengan sabar sambil menikmati pelbagai pengalaman di dalammya.

Selamat Tahun Baru Masihi 2014.

Pertamanya, berkenaan dengan isu Comango, mohon kita cakna dan sebarkanlah pada seramai yang mampu menggunakan apa jua medium selagi ianya tidak melanggar batas2 syara'. 

Alhamdulillah hampir setahun jugak bergerak di medan amal yang baru. Berkenalan dengan orang baru, tempat baru, biah baru dan madu yang baru. Alhamdulillah tiada ucapan lain yang terungkap. Ucapannya hanyalah sebanyak2 kesyukuran dengan apa yang Allah telah aturkan. 

Fasa belajar dah lepas, jadi sekarang adalah fasa yang lebih mencabar iaitu fasa kerjaya. Walaupun sangat dilema nak buat keputusan, tapi keputusan harus dibuat. Dengan masa yang kita ada dan tak tahu sampai bila masa penamat kita, jadi keputusan tu perlu. Sekurang2 nya dengan keputusan yang kita buat menjadikan kita lebih terurus dan fokus. insya-Allah

Banyak yang dipelajari hasil pengalaman tahun 2013. Satu2 pengajarannya adalah, Allah sebaik2 perancang. Kita just doa yang terbaik. Alhamdulillah, dengan doa2 yang dilafazkan setiap kali solat akhirnya jawapan tu keluar walaupun tak sebaik yang kita duga dan harapkan. Di tambahkan pula dengan komen2 dari ahli keluarga, jadi mana mungkin hati dan perasaan tidak terganggu. 

Sebenarnya sebelum habis belajar memang menaruh harapan nak kerja dekat dengan rumah, nak tolong ibu ayah dan family, tapi tak terfikir lagi nak bersama ISMAKL dan ada pengangkutan sendiri.
Tapi lepas apa yang berlaku ni rasa sebenarnya Allah dah bagi peluang,seolah2 hajat kita termakbul. Yang tak mintak pun Allah bagi. Cuma mungkin ada satu dua kekurangan yang tak dapat dielakkan. Dan paling penting, permintaan dan doa tu terjawab tepat pada masa fikiran ni berserabut fikir. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Jadi untuk tahun 2014 ni, banyak amanah yang menunggu. Amanah lama dan amanah baru. hehe Insya-Allah amik pengalaman. Dan harapan untuk tahun 2014 ni adalah untuk melaksanakan amanah2 yang diberikan dengan penuh hikmah dan lebih terurus dan tersusun insya-Allah.

Sesungguhnya sebaik2 manusia itu adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain.
Dan tidak lupa jugak untuk rebut 'Unta Merah'. :D

Semoga hati redha dengan apa yang telah ditakdirkan dan semoga segala amal2 yang dibuat memberi manfaat kepada kita di akhirat nanti. Sentiasa positif. Allah ada. 

Firman Allah: Dan sungguh, kami benar2 akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang yang benar2 berjihad dan bersabar di antara kamu, dan kami akan uji perihal kamu. (47: 31)

Maka benarlah kata2 Allah yang Maha Agung.

Sekian.

Membangun Ummat Beragenda.

0 comments:

Post a Comment