Friday, December 13, 2013

HATI

Bismillah walhamdulillah
Wa sollu 'alan nabi

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah atas segala nikmat. Walaupun tak dapat lagi nikmat dapat kerja tetap.

Sebagai seorang fresh graduate, tak de kerja tu bukanlah suatu yang menggembirakan. T.T Apatah lagi tuntutan amal memerlukan dana untuk menjalankan rutinnya. 

Pun begitu, setelah usaha maka doa dan tawakal adalah usaha selepasnya.

Tapi, alhamdulillah. Allah memang mendengar luahan hati bila kita perlukan pertolongan. Dan sebagai manusia kita rasa dekat bila pertolongan Allah tu datang tepat pada masanya.

Antaranya waktu tu kena bayar duit pendaftaran, walaupun sebenanya tak de sumber, tapi dengan takdir Allah, jadi ada. 

Walaupun kurang duit, tapi Allah cukupkan. Tiba2 ada akhowat belanja duit teksi. Duit cukup2 untuk balik rumah. 

Time tak makan lagi perut memang teramat lapar, tetibe akhowat belanje burger.

Bukan takat hal2 kewangan je, tapi ada satu peristiwa ni..tapi panjang sikit nak tulis.
Time tu ad mukhayyam. So mcm ingat nak buat bisnesla kan. Bisnes pun tolong akhowat jugak. ^_^ Pastu biskut tu sekotak berat jugak la sebab kena angkat dua tangan. So masa tu baru balik kelas training. Beg baju pun bawak siap2 dari pagi. Jadi, nak pegi mukhayam tu tumpang akhowat lain, kena tunggu kat stesen lrt. 

So memang beratla nak bawak biskut tu satu hal, beg baju plus beg silang. Memang tak cukup tangan.
So kuatkan diri bawak sampai naik kat tempat tunggu train..tapi nak katanya Allah bagi pertolongan, tetibe ada kakak polis ni, dia nak bawakkan beg baju tu sampai masuk train. Waktu tu macam...ya Allah, Alhamdulillah sangat. Rasa ada pertolongan yang datang.

Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar.

Walaupun kadang2 orang bertanya, "Apa yang ko dapat pi prog ni?" "Kenapa la nak susahkan diri datang prog ni?" dan soalan2 yang kadang2 tak terjawab secara on the spot, tapi hatiku yakin dengan ini semua. 

Duit, tenaga, masa, fikiran, langkahan, malah mungkin peluhan *ada ke imbuhan ni? ^^,' yang tak seberapa ni harapnya menjadi saham di akhirat nanti. 

Ya Allah, kurniakan kami hati yang ikhlas dalam beramal.
Tsabatkan hati kami Ya Allah.
Selamatkan kami dari tipu daya dunia.
Dan kuatkan iman kami agar kuat menghadapi cubaan dan ujian dari Mu.

kerana Kaulah yang membolak-balikkan HATI kami.

Dan saksikan video Fetya yang terbaru, Syahadah Rabaah. 

0 comments:

Post a Comment