Friday, May 25, 2012

Lawatan Ilmiah semester 6 :)

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk hidup dan beramal. Dan Ramadhan juga semakin menghampiri, sekarang dah bulan Rejab. Lepas Rejab, Sya'ban dan Ramadhan. So, bagi yang belum habis ganti puasa, boleh la ganti segera yang mungkin. Dan, bagi yang dah habis ganti, teruskan dengan puasa sunat sebagai latihan. :D


Alhamdulillah jugak lawatan ke Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan berjalan lancar. Antara tempat yang telah dilawati adalah MARDI, Serdang, Kilang NEKMAT, PK Agro Industri dan Silver Bread (Kilang roti High 5).

1. MARDI




Di MARDI, kami banyak diperkenalkan dengan mesin2 pembungkusan makanan. Antaranya, macam gambar di atas, Stress wrapping machine, Continuous sealer, MAP, L-selaer dan beberapa lagi. Pegawai2 di MARDI pun baik-baik belaka. :)

2. NEKMAT


OK. NEKMAT ni pulak kilang hasil gabungan persatuan2 nelayan negeri. Pernah dengar tak produk Enna? Itu adalah produk keluaran NEKMAT. Mereka mempunyai sijil HALAL dan GMP. Produk keluaran mereka adalah seperti jejari ikan, bebola ikan, keropok lekor dan macam2 lagi.

3. PK Agro Industrial Product



Syarikat ni pulak yang menegluarkan produk 5-star, ayam Pertiwi dan beberapa produk lain. Mereka mempunyai HALAL dan  HACCP. Jadi, produk ni diyakini kehalalannya. Layanan mereka juga sangat mesra :) Terima kasih2.

4. High 5



 Destinasi terakhir adalah ke sini. Siapa nak datang bolehla datang sebab kat sini ada muzium roti.^^, 

Banyak info2 yang berguna hasil dari lawatan ni. Dan yang paling best dan rapat2kan hubungan dengan pensyarah dan juga staf2 UMT. :)




Dan, hasil perbincangan, kitorang sempat menjamah ayam ni masa dibawa jalan2 ke Mines. Dan, dapat jumpa ibu ngan yop. Terima kasih datang. :') Sebenarnya nak balik, tapi transport agak susah. So, sempat jumpe kat Mines je..=.= (ape2 pun still alhamdulillah c= )

Itu sahaja perkongsian kali ni. Semoga ilmu2 teknologi makanan yang dipelajari tersemat di hati untuk bersama2 membangunkan industri makanan, terutamanya makanan yang halal lagi baik. Insya-Allah..Sekian.

p/s: Semoga tabah dan sabar jua berjaya mengharungi liku2 FYP yang tidak lama lagi. #pesanbuatdiri. 

Asma Amanina,
Kubang Badak,
Kuala Terengganu.


semoga dakwah juga tidak terhenti oleh hal2 duniawi T.T




0 comments:

Post a Comment