Saturday, May 19, 2012

Dean's list vs Deen's list

Bismillah walhamdulillah.
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, program Dean list vs Deen's list (DLDL) telah berjaya dilaksanakan dengan bantuan semua tenaga kerja. Moga segala yang diusahakan diganjarkan oleh Allah.

Suatu perkongsian yang saya nak share untuk posting harini adalah berkenaan dengan jati diri muslim sekarang yang semakin menghilang. Mengapakah ianya berlaku?

"Tiada penilaian akhirat". Jawapan dari seorang panel untuk Forum DLDL yang lepas.

Betapa kehidupan kita di akhir zaman ini banyak ditarik dengan keseronokan perbualan duniawi semata-mata. Terasa asing seandainya membuka bicara mengenai perihal akhirat seperti soal agama, ganjaran syurga dan neraka, dan sebagainya.
  
"Kebaikan yang dilakukan sekarang bukan untuk kita nak tunjuk diri kita baik atau tidak baik, tapi ia adalah suatu keputusan yang perlu kita buat dari sekarang iaitu, kat mana aku nak duduk kat akhirat nanti?". Kata-kata panel ini adalah suatu nasihat yang berguna buat kita semua jika berfikir sedalam-dalamnya semula.

Dan apa yang paling menyeronokkan hati kami adalah apabila melihat sebenarnya masih ada para ilmuan, tokoh2 akademik yang hebat, yang masih peka dan mengambil berat tentang Islam dan mahasiswa/i Islam.Oleh hal yang sedemikian,tidak dapat dinafikan bahawa kekuasaan seseorang itu mampu menggerakkan gerakan dakwah dengan kekuasaan yang dimilikinya. Dan sesungguhnya ilmu mampu membawa manusia ke tahap atau nilaian yang tinggi di sisi Allah dan juga masyarakat.

Diharapkan semua peserta dapat mengambil sesuatu yang bermanfaat untuk diamalkan di alam kampus nanti. Segala teori yang telah dikumpul sepanjang program diharapkan dapat dilaksanakan demi membuktikan kecintaan kita pada Allah dan Rasul-Nya. Insya-Allah :)

Mumtaz buat ummah!

Baiti Jannati,
Kampung Kubang Badak,
Terengganu Darul IMAN. 






1 comments:

Kryptonite Merah said...

salam..
masyaAllah..
nice post..
aritu kt tmpt sy pn ad talk tajuk ni jgk..
ad sorg imam muda bg talk..
tp sy xpg..
ad kuiz esknya.
hehe..
may Allah bless :)

Post a Comment