Saturday, April 21, 2012

Iman buat kita tak gentar

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum. :D

Alhamdulillah thumma alhamdulillah wa sollu 'alan nabi.

Untuk post kali ni, ana (saya) cuba nak share tentang apa yang kami dapat masa mabit dan nadwah yang lepas, pada slot Tafsir Surah Al-Ghafir atau juga dikenali dengan surah Al-Mukmin.

Ana akan cuba share tentang ayat ke-28. Iaitu:

Dan seseorang yang beriman di antara keluarga Fir'aun yang menyembunyikan imannya berkata, "Apakah kamu akan membunuh seseorang kerana dia berkata, 'Tuhanku adalah Allah,' padahal sungguh, dia telah datang kepadamu dengan membawa bukti-bukti yang nyata dari Tuhanmu. Dan jika dia seorang pendusta, maka dialah yang akan menanggung dosa dustanya itu, dan jika dia seorang yang benar, niscaya sebahagian (bencana) yang diancamkan kepadamu akan menimpamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang melampaui batas dan pendusta.

Berdasarkan dalil ini, telah keluar seorang yang menyembunyikan keimanannya dari rumah firaun. Menurut penafsir, namanya ialah Habib/Hambil/Hezekin/Shab'an dan Hazbil. Punbegitu, dinyatakan bahawa Allah tidak memberitahu namanya adalah kerana untuk menunjukkan bahawa pentingnya orang yang ikhlas dalam agama. Dan ianya adalah untuk mengelakkan sifat riak pada diri manusia.

Sifat berani berhujjah yang ditunjukkan oleh orang yang beriman tersebut adalah hasil keimanan dari dalam dirinya. Dan, jika kita menelusuri ayat ke-29 sehingga ke-33, ia memperlihatkan kehebatan orang yang beriman itu untuk berhujjah. Antaranya dia mengajak kaumnya supaya beriman dengan memperingatkan kembali mengenai balasan kepada golongan2 ynag terdahulu terhadap perbuatan mereka dan berhujjah mengenai keadaan manusia pada hari kiamat di mana pada masa itu siapakah yang dapat membantu selain Allah?

Dan dia tidak pernah putus asa dalam mendakwahi kaumnya kerana dia berasa kasihan dan sedih dengan apa yang berlaku. Ia memperlihatkan sifat mukmin yang sentiasa bimbang melihat persekitarannya tidak mengikut apa yang Allah telah tetapkan.

Kesimpulannya, iman akan menjadikan seseorang tidak gentar untuk memperlihatkan keimanannya walau diugut sehingga menggugah nyawa dan seorang mukmin tidak bisa tenang bila mana keadaan orang sekelilingnya masih hanyut dan jauh dari Allah. Tambahan, keihklasan adalah perkara yang perlu dititik beratkan buat mereka yang berkecimpung di medan dakwah. Keikhlasan dalam beramal pasti akan memperteguhkan semangat pejuang walau sesukar mana pun cabaran yang harus diharungi. Kerana dia tahu, istimewa di sisi Allah itu lebih bermakna dari menjadi hanya popular pada mata manusia.

Wallahu'alam.

Baiti Jannati,
9.11 pm
Kubang Badak, Terengganu.



1 comments:

Anonymous said...

yg ana pernah bc ttg pemuda tu, kenapa tidak dimentionkan nama ialah krn org itu tidak ketahui org ramai, dia bknlah org yg terkenal, ttpi itu x mnghalang beliau utk terus mendakwahi masyarakatnya.. pengajaran yg blh kita ambil adalah, walaupun kita bukan siapa2, bkn ustaz atau ustazah, bkn alim ulama', bkn hafiz hafizah tp itu bknlah pnghalang kita utk mendakwahi shbt2 kiat.. -syafiqah

Post a Comment