Friday, April 6, 2012

Hakikat Cinta Dunia

Maka beruntung orang2 yang asing.

Bismillah
Alhamdulillah yang tak terkira.
Walaupun cuti seminggu, tapi sebagai seorang pelajar yang dah nak final year, tidak dapat dinafikan banyak kerja2 akademik yang perlu dilaksanakan. Lab report 4 macam biasa setiap minggu, tapi nasib baik ade 1 yang buat by group. Then, test ade 3 lpas cuti, dengan assignment food ingredient and supervisor nak tengok progress proposal tu. T.T

Tak dapat dinafikan kehidupan dunia yang jelas depan mata ni, memang mudah menghanyutkan kita kalau kita tak kuat iman, tak banyak ilmu agama, tak jelas matlamat hidup, dan tak kuat dalam nak beramal. Apatah lagi mereka yang sudah menemui 'cinta' yang mereka dambakan. Ada orang yang memerhatikan, yang ambil berat, yang dan lain-lain lagi. Benda2 tu menjadikan kehidupan ni indah buat hati-hati kita bukan?

Setiap dari kita punya masa silam sendiri. Tapi kasihnya Allah menemukan jalan untuk bertemu-Nya kembali. Alhamdulillah. Itulah nikmat yang paling manis. Lebih manis dari cinta manusia yang kita sendiri tidak tahu bila penghujung dan kesudahannya. Tapi kasih Allah, bukan sahaja dapat dirasai di dunia, malah jika diizinkan sehingga di negeri akhirat sana.

Dialah Allah yang menguasai Hari Pembalasan. Tatkala waktu itu semua manusia sibuk untuk diri sendiri, tidak menghiraukan lagi orang di sekeliling. Dan seperti yang termaktub di dalam al-Quran, time ni lah baru manusia akan menyesal dan mengharapkan sekiranya boleh kembali ke dunia untuk beramal.

Jadi, teman2, rebutlah cinta yang paling utama, cinta Sang Pencipta. Kerana Allah-lah yang memegang hati-hati manusia. Bila Allah yang memegang hati manusia, maka mengertilah kita bahawa cinta Allah itu yang perlu lebih didahulukan kerana kebahagiaan itu terletak pada kekuasaan-Nya. Pada Dia jualah tempat kita mengadu dan berharap.

Semoga Allah mempertemukan kita dengan orang2 yang bersama meraih cinta dan redha-Nya dunia dan akhirat. Amien.


Masih berfikir macam mane kalau nak jumpa kawan2 lame. --,'



Ingatan tulus buat diriku yang mudah lupa,
Asma Amanina.

Baiti Jannati.
Kuala Lumpur.
07042012

0 comments:

Post a Comment