Wednesday, August 24, 2011

balik kampung ^^,'


Bismillah Alhamdulillah

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia dan melalui bulan Ramadhan yang mulia ni.. wa sollu'alan nabi.

Nampaknya, tahun ni saya perlu balik awal, (24hb ni) untuk tolong nenek bersempena dengan cuti sem yang jarang2 berlaku ni. Dan seperti yang sedia maklum, kalau duduk kampung tu line handphone pun tak confirm dapat, apatah lagi line broadband ni. Makanya, dalam tempoh tu tak dapatla nak online sehingga lepas raya. *bolela fokus pada ibadah insyaALLAH :)

kampungku

By the way, tahun ni saya ada hantar beberapa keping kad raya buat kawan2 sekolah dulu. hehe simple je pun, sebagai tanda ingatan...:)

Jadi, post ni pun saya tulis awal sebab takut tak sempat nak beronline sebelum balik kampung. Diharapkan Aidilfitri tahun ni lebih bermakna diraikan bila diri kita berjaya melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan yang lalu.

Semoga kita beroleh keampunan dan keredhaan ALLAH sepanjang perjalanan kehidupan (jika dipanjangkan usianya) kita.amien ya Rabbana! Dan mudah2an kita dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang. insyaALLAH =)

Saturday, August 20, 2011

Al-Mathurat


Bismillah walhamdulillah.

Alhamdulillah masih dikuatkan tubuh badan untuk beribadah kepada ALLAH S.W.T.
Wa sollu'alan nabi.

Al-mathurat.

Adakah anda pertama kali mendengarnya?
Atau anda dahulu pernah mengamalkannya?
Atau anda memang mengamalkannya hingga ke saat ini? Alhamdulillah.

Kali pertama saya mendengar perkataan Al-mathurat dan mengamalkannya adalah ketika saya belajar di sekolah menengah agama dahulu. Kami beramai2 mengalunkan zikir ini ketika waktu subuh dan asar.

Saya tidak punya banyak ilmu untuk berkongsi mengenai Al-mathurat ini. Namun di sini saya ingin berkongsi tentang artikel dari sumber internet mengenai Al-mathurat ini.

Al-mathurat (Al-Wazhifah Al-Kubra) mana merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w. Zikir-zikir di dalam Mathurat sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya di baca sesudah solat Subuh dan solat Asar.

Zikir al-mathurat dimulai dengan bacaan yg bermaksud “aku memohon perlindungan Allah,yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui, dari gangguan syaitan yang direjam“. Ayat ini membawa erti bahawa setiap insan harus menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan apa-apa perkara sekaligus menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba Allah dan berusaha untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang menyesatkan.

Bacaan ummul kitab (al-Fatihah) dalam zikir mathurat merupakan satu bacaan Agung. InsyaAllah kita akan memperoleh pahala yg besar jika membaca dan menghayati isi kandungannya. Rasulullah s.a.w bersabda; ” Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya,belum ada surah yg diturunkan di dalam Taurat,Injil,Zabur atau Furqan yang menandinginya.Dialah tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku.”

Membaca surah al-Baqarah dalam zikir mathurat juga memperoleh pahala yang besar. Dari Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w bersabda,
Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang,jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya.” (Riwayat al-Darami dan Baihaqi)

Membaca ayat kursi juga boleh menghindari kita dari gangguan syaitan. Dari Ibnu Mas’ud sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Siapa yang membaca sepuluh ayat,ayat-ayat surah al-Baqarah,ayat kursi,dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi” (Riwayat Tabrani dan Hakim)

Semua bacaaan dan zikir yang berada di dalam al-mathurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan Allah SWT terhadap utusannya Rasulullah s.a.w. Hanya insan yang ,mengetahui betapa besarnya nilai zikir dan doa dalam kehidupan seharian yang ingin menghayati dan mengamalkannya.

Semoga ikhwah dan akhawat sekalian mendapat petunjuk dan hidayah dari-Nya utk terus istiqomah dalam mengamalkan bacaan zikir al-mathurat ini. Amin ya rabbal ‘alamin.

Jadi, dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Al-mathurat tadi, diharapkan untuk diri saya yang menulis ini, jua anda yang membaca, sama2lah kita mengamalkannya dengan konsisten.

Saya ingin berkongsi tentang firman ALLAH S.W.T di dalam surah An-nisa' ayat 142:

Sesungguhnya orang munafik itu hendak menipu ALLAH, tetapi ALLAH-lah yang menipu mereka. (dengan maksud ALLAH membiarkan mereka dalam pengakuan beriman, sebab itu mereka dilayani seperti melayani orang mukmin. Dalam pada itu ALLAH telah menyediakan neraka buat mereka sebagai pembalasan tipuan mereka itu.) Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud riya' (ingin dipuji ) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingat ALLAH kecuali sedikit sekali.

Dan satu lagi firman ALLAH S.W.T di dalam surah Al-ahzab ayat 41-42:

Wahai orang2 yang beriman! Ingatlah kepada ALLAH , dengan mengingat namaNya sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNYA pada waktu pagi dan petang.

Jadi, makanya dengan mengamalkan bacaan Al-mathurat ini, mudah2an menjadikan diri kita untuk memaksimakan masa seharian kita dengan mengingati ALLAH S.W.T, kerana itulah antara ciri2 orang yang beriman.

InsyaALLAH :)

~Bersama menjadi insan yang muslih (yang sentiasa memperbaiki diri)~

Thursday, August 18, 2011

berjalan tanpa henti :)

Bismillah walhamdulillah.

Jom hayati lirik ni.

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah

Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah

Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah

Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa

Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa

Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

by Devotees.

Alhamdulillah atas apa yang telah berlaku. Sekurang2nya dah lulus bahagian jalan raya. :) Cuma tak dapat lesen P je.
Kegagalan bukan untuk ditangisi, tapi untuk diperbaiki. :)

jom sekarang fokuskan pada lailatulqadr!!! insyaALLAH ^^,

Wednesday, August 17, 2011

salam nuzul al-Quran


17 Ramadhan 1432H

Bismillah Alhamdulillah

“Bulan (puasa) yang diturunkan di dalamnya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk itu dan membezakan antara yang hak dan yang batil.”
(Surah al-Baqarah:185)
~Ayuh jadikan Al-Quran sebagai panduan dalam setiap aspek kehidupan~ :)

Tuesday, August 16, 2011

i hope so


Bismillah.Alhamdulillah.

Nervous.


I hope so.


“Orang yang hebat tidak sesekali menyalahi takdir dan sentiasa melakukan muhasabah diri setiap hari supaya matlamat hidup yang telah ditetapkan tidak akan keluar daripada landasannya “-copied

Sunday, August 14, 2011

inilah kisahku

Bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kerana masih di panjangkan usia, alhamdulillah wa sollu'alan nabi.

Zaman sekarang ni, zaman teknologi yang sangat hebat. Bak kata orang "Hanya di hujung jari". Semua informasi boleh dapat dengan cepat.

Dan alhamdulillah saya sangat gembira berjumpa semula kenalan lama saya di laman web sosial baru2 ni. Mereka mengingatkan saya pada zaman silam saya.

Kesyukuran yang tak terhingga pada ALLAH S.W.T kerana telah mentakdirkan saya untuk menyambungkan pengajian di sekolah menegah agama. Dan di situlah sebenarnya titik tolak perubahan saya dalam mendekati ajaran Islam yang sebenar. Banyak benda dan perkara yang saya dapat sepanjang lima tahun di sana. Alhamdulillah3x. Jika tidak, saya mungkin adalah saya yang dahulu, zaman silam saya.

Saya pasti setiap dari kita pasti ada kisah yang tersendiri dari tersedar dengan ketukan hidayah dan taufiq dari ALLAH. Dan mudah2an, ianya berkekalan hingga ke hujung nyawa. Dan mudah2an setiap manusia yang pernah saya temui, berkawan, juga akan menerima ketukan yang sama. Walaupun bukanlah di saat dan ketika ini, tapi dengan izin ALLAH suatu hari nanti.

Uhibbukumfillah :)

~Islam is the best way of life, Proud to be Muslim!

Friday, August 12, 2011

agama tunggak generasi gemilang

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kini menjelang 13 Ramadhan. Semoga kita berlumba2 berbuat amal kebajikan. Ini bulan yang ganjarannya sangat hebat dari ALLAH. Alhamdulillah.

Berbalik kepada tajuk posting pada kali ni:

Agama tunggak generasi gemilang.

Kebelakangan ini, saya seringkali terfikir dan berfikir betapa sukarnya untuk mendidik seorang manusia, sama ada anda adalah seorang daie atau yang paling realiti adalah anda adalah seorang ibu atau bakal ibu.

Pemikiran ini mungkin disebabkan oleh faktor sekeliling dan siaran2 televisyen yang memaparkan kisah2 ibu yang menyayat hati.

Sedar atau tidak sedar, perkahwinan bukan sahaja tertumpu tentang cinta, saling berkongsi kasih dan sayang namun ia adalah suatu tanggung jawab yang besar dengan harus mempunyai ilmu yang mendalam dalam melayari hal rumah tangga. Lagi2 dalam tanggung jawab mendidik anak2. Ini bukanlah hal yang remeh.

Justeru, di sini saya melihat- berdasarkan pengalaman peribadi dan fenomena sekeliling bahawa penerapan agama yang mantap dalam diri anak2 adalah sangat penting. Sebagai contoh ibu bapa seharusnya menerapkan suasana Islam sejak dari rumah. Contoh: Solat berjemaah, tilawah al-Quran, tazkirah dan perbincangan2 yang berkaitan dengannya.

Selain dari itu, sebagai ibu bapa, komunikasi yang baik adalah perlu agar kasih sayang terlihat oleh satu sama lain. Seorang anak tidak harus hanya mengharapkan agar diberi kasih sayang oleh ibu bapanya namun dia (si anak) juga harus menunjukkan kasih sayangnya kepada kedua orang tuanya.

Dan jika dilihat dari sudut material, seharusnya ibu bapa sentiasa bersikap berserdehana dalam memenuhi kehendak anak2. Tidak terlalu menuruti segala kehendak si anak kerana dikhuatiri akan memudaratkan sikap si anak tersebut.

Dalam hal ehwal rumah tangga ini juga, sememangnya ibu bapa perlulah sentiasa peka akan keadaan anak2, hikmah dalam memberi teguran, bertegas dalam memberi hukuman dan memberi ganjaran atas segala kebaikan yang bersesuaian.

Perkahwinan adalah suatu cabaran dalam kita membina generasi darah daging kita ke arah manusia yang berkualiti kepada agama, bangsa dan negara.

Jadi, bagi mereka yang belum mendirikan rumah tangga, adakah anda sudah bersedia menyahut cabaran ini? *fikir2kan

-Agama Tunggak Generasi Gemilang-

dan tarbiyah Islamiah bakal menghasilkan manusia yang berkualiti di sisi Tuhan dan masyarakat sekeliling. insyaALLAH :) ~harapanku~

Umat Islam pasti boleh ^^,


Thursday, August 11, 2011

Ikhlaskan semuanya!

Imam Malik pernah mengatakan, "Apa yang aku inginkan hanyalah keridhaan Allah SWT. Apa yang kutuliskan dalam buku itu, aku anggap seperti membuang sesuatu ke dalam sumur."

Sungguh dahsyat kata-kata Imam Malik tersebut. Perkataan itu beliau ucapkan saat sedang berpeluh dan keletihan menuliskan lembar demi lembar kitab Al-Muwattha' yang berisi lebih daripada 10 ribu hadis yang menjadi sumber hukum fiqh. Kemudian, kitab tersebut menjadi ruukan ilmu fiqh yang sangat penting bagi para ulama setelahnya.




Kedahsyatan kata-kata Imam Malik itu terletak pada perkataannya bahawa apa yang beliau lakukan adalah ikhlas semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT. Imam As-Sayuti meriwayatkan, pada suatu ketika Imam Malik pernah ditanya, "Untuk apa engkau menuliskan kitab itu?" Imam Malik menjawab, "Sesungguhnya sesuatu yang dikerjakan untuk Allah itu akan abadi." Mathraf bin Abdullah An-Nisaburi, sahabat Imam Malik pernah bercerita bahawa Imam Malik ada bertanya kepadanya, "Apa komentar orang tentang Al-Muwattha' yang aku tulis?" Dia menjawab, " Mereka ada yang menyukainya dan ada yang membencinya." Imam Malik lalu mengatakan, "Jika engkau diberikan usia yang panjang, nescaya engkau akan melihat apa yang dikehendaki Allah dari kitab itu."

Saudaraku sekalian,

Tahukah kita, bahawa selama berpuluh malah beratus tahun setelah itu, Kitab Muwattha' Imam Malik dikagumi banyak ulama. Imam Abdurrahman bin Mahdi bahkan perah memuji kitab Muwattha, "Kami tidak mengenal satu kitab dalam Islam setelah Kitabullah yang lebih baik daripada kitab Muwattha' Malik." Imam Asy-Syafi'i bahkan mengatakan, "Tiada kitab yang lebih bermanfaat setelah Kitabullah daripada Kitab Muwattha yang ditulis oleh Imam Malik rahimahullah." (At-Tamhiid li Abdil Barr, 1/77)

Ada banyak juga kitab-kitab Muwattha' selain Muwattha' Imam Malik, yang ditulis oleh ulama setelahnya. Tetapi tiada yang tebalnya setebal Muwattha' Imam Malik. Dan yang paling penting, kitab-kitab Muwattha' selain karya Imam Malik tidak lama beredarnya, atau tidak beredar sama sekali.

Apa rahsianya?

Menurut Imam Abdul Barr, rahsia di sebalik kelestarian manfaat kitab Muwattha' Imam Malik kembali kepada niat awal saatnya menuliskan helaian demi helaian kitab tersebut sebagaimana yang dikatakannya,

"Sesuatu yang dilakukan kerana Allah itu akan abadi."

Itulah yang kemudiannya disimpulkan oleh Imam Abdul Barr, bahawa semua perbuatan yang dilandasi keikhlasan kerana Allah SWT semata, ia akan bermanfaat dan tidak mudah hilang.

Sekarang mari kita muhasabah.

Setiap kali kita ingin melakukan sesuatu amal, apa yang menjadi pertimbangan kita?

Apa orang kata nanti ya?

Kita mengambil faktor 'apa kata orang' untuk sesuatu amal kerana Allah!
Lalu lihatlah hasilnya. Usaha kita manfaatnya kecil, bahkan mungkin tiada langsung. Pengorbanan kita banyak, namun hasilnya tiada. Mana silapnya?

NIAT!
IKHLAS!



Sejauh mana kita telah memeliharanya?

Tepuk dada tanya iman!


Ikhlaskanlah semuanya. Luruhkan semua lintasan niat bukan untuk Allah yang ada dalam hati untuk melakukan semua pekerjaan. Biarkan semua peluh, usaa dan kepayahan yang telah dan sedang kita lakukan saat ini, hanya untuk Allah SWT. Benar-benar untuk Allah SWT.
Sumber dari: SHOUTUL IKHWAH

Tuesday, August 9, 2011

9 Ramadhan 1432H

Bismillah Alhamdulillah3x
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH yang melancarkan segalanya. Hari yang dinanti telah tiba. Berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Alhamdulillah.

Semestinya merindui para sahabat yang setahun sekali hanya bertemu atas izin ALLAH. Alhamdulillah. Pada hari ini, kami sempat bertadarus bersama *wah rase macam kat SMAKL ^^, Dan juga mengambil sedikit peluang ini, untuk sama2 ingat-memperingati antara satu sama lain.

Tazkirah pertama: Bergantung harap hanya pada ALLAH
Tazkirah kedua: Gunakan masa di bulan Ramadhan ini dengan membaca al-Quran.
Tazkirah ketiga: Tingkatan golongan orang yang berpuasa.
Tazkirah terakhir: Yakinlah dengan ketentuan ALLAH. Pasti caturan ALLAH lebih baik. :)

Dan..*Alhamdulillah Auni pun ada ;p. Then kami jalan2 ke Masjid Jamek. *Thanks anith and dila for the present, bajet saya tak cukup ^^,'' hihi

Dan..sempat bergambar bersama. Dan bersalaman untuk berpisah. *insyaALLAH ada jodoh kita jumpa lagi ye!

Jazakillah khair buat semua. Moga ukhwah ini kerana ALLAH dan berkekalan hingga ke syurga. Ketahuilah sesungguhnya hati ini sentiasa mendambakan sahabat yang sentiasa mengingatkannya kepada Sang Pencipta. =.=

I will miss you all :'(

Semoga hidup dan mati dalam kemuliaan Islam. amien ya Rabbal'alamien.:)

Friday, August 5, 2011

sesekali diuji

Sesekali DiUji

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya

Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan

Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa

Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah

Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya

Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Artis : NICE


*ya ALLAH, saksikanlah tujuanku ini semata-mata keranaMU, kerana agamaMU, maka dengan kebesaranMU, bantulah aku hambaMU yang lemah dan kerdil ini...amien3x ya Rabb~ *

Perbetulkan niatmu, moga ALLAH bantu dan beri yang terbaik :)

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan

Bismillah Alhamdulillah
Puasa pertama di hari pertama Ramadhan sudah terlaksana. Alhamdulillah.

Sedikit perkongsian buat pengalaman hari ini.

Ia adalah di anatara perbualan si A ( pakai tudung) dan si B ( tak pakai tudung). Kedua2nya beragama Islam.

B: Eh, awak pakai tudung mesti solat kan?

A: Haah InsyaALLAH.

B: Solat 5 waktu?

A: Haah InsyaALLAH. *sambil tersenyum pelik segan

B: Baguslah. Saya tak cukup 5. Tapi dulu waktu saya pregnant, selalu solat hajat dan solat penuh. Tula, bila nak mintak hajat, baru sembahyang.

Dan alhamdulillah hajat si B juga diperkenankan Tuhan. Alhamdulillah.

A: Hanya mampu tersenyum.

~the end~

Sungguh Maha Penyayang nye ALLAH pada kita :)

Ramadhan karim..ALLAHUAKRAM!