Thursday, October 20, 2011

lontaran hati ini


Bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x wa sollu'alan nabi

Teringat aku di waktu zaman persekolahan dahulu, waktu masih hangat dalam jalan tarbiah. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan manusia2 yang sama2 mahu menyelusuri kehidupan untuk mencari redha Illahi.

Dan sepantas masa berlalu, tarbiah membawa kepadaku ke
fahaman untuk berdakwah. Dan pada masa itu, pelbagai persoalan dalam fikiran. Layakkah aku bergelar seorang da'ie?

Melihat sahaja orang2 yang terdekat denganku sangat jauh dari landasan agama yang sebenar, kadang kala aku terduduk, teresak memikirkan mereka yang patut aku dakwahkan. Aku terkadang kecewa dan merasakan putus asa. "Ini bukan tugas mudah".

Namun, bukanlah kekecewaan itu jalan penyelesaian. Aku bangkit memohon pada Tuhan agar dikuatkan iman. Bukan aku tidak tahu, ujian yang diberikan Tuhan pasti mampu untuk dihadapi seorang insan.

Sekarang masa berlalu pantas melaju. Aku merasakan semakin matang dalam melayari bahtera tarbiah dan dakwah yang penuh berliku. Punbegitu, mereka yang dahulu masih begitu, masih yang dahulu. Bagaimana harus kutempuh semua ini oh Tuhan?

Hanya doa, sillaturrahim, dan sedikit nasihat yang mampu kuberikan. Aku yakin doa yang selama ini kutangiskan pasti termakbul oleh-Mu Tuhan. Dan mudah2an, segala yang berlaku menjadi pengajaran, buat diriku di masa hadapan.

Kudoakan agar kami semua di bawah hidayah dan taufiq-Mu Tuhan..sesungguhnya Kaulah yang memegang dan membolak-balikkan hati kami. Amien3 ya Rabbana!

yang sentiasa tak putus berharap,
hamba-Mu ALLAH

0 comments:

Post a Comment