Tuesday, February 1, 2011

itsar


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala pujian hanya buat ALLAH, Tuhan semesta alam. sollu'alan nabi.

Terasa diri ini sudah kurang mengepost sesuatu yang menyegarkan iman dan hati. Astaghfirullahal'azim wa atubuilaik.

Berbalik kepada tittle posting harini, itsar.

Apakah itsar?

Itsar adalah kita mengutamakan saudara muslim daripada diri sendiri. Iaitu memberikan salah satu nikmat duniawi yang kita miliki untuk saudara muslim, sehingga mereka bersenang-senang dengannya sedangkan kita tidak merasakannya.

Jadi sesungguhnya Islam adalah sebuah agama yang sangat menjaga hubungan sesama manusia.

Contoh dari kisah Rasulullah S.A.W

Pada malam hari, saat kota Madinah terasa sangat dingin dan mencekam, seorang wanita Anshar menenun sebuah mantel (baju labuh yang menyelubungi tubuh) dari beludru seperti kain kapas. Setelah jadi, dia menghadiahkannya kepada Rasulullah, dan baginda pun mengambilnya. Baginda memakainya kerana baginda sangat memerlukannya pada kondisi udara yang sangat dingin seperti ini. Maka, untuk pertama kalinya, Rasulullah keluar memakai mantel tersebut menjumpai para sahabatnya.

Tiba2, seorang laki2 dari kalangan Anshar melihat baginda. Dia berkata," Betapa indahnya mantel ini! Berikan untuk saya wahai Rasulullah!". Rasulullah menjawab, "Ya,". dan saat itu juga Rasulullah melepaskannya.

Para sahabat ,melihat laki2 Anshar ini dengan penuh kehairanan. Seakan-akan mereka bertanya kepadanya, "Apa yang kamu lakukan? Bukankah Rasulullah sangat memerlukannya?". Namun laki2 itu menjawab "Akan tetapi aku membutuhkannya (memerlukannya) dari Rasulullah. Aku hendak menjadikannya sebagai kain kafan jika aku meninggal dunia kelak...(HR Ahmad)

Mari kita bayangkan bersama. Kita membeli baju baru, lalu berlaku situasi seperti kisah di atas. Sanggupkah kita? Begitu hebat peribadi nabi kita.

Satu lagi kisah yang ingin dikongsikan.

Saya (Penulis Buku) mempunyai dua orang teman yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Arab. Kalau mereka berdua, mereka akan bertutur dalam bahasa Arab tetapi ketika gadis Inggeris ini datang, lantas mereka pun bertutur dalam bahasa Inggeris. Hal ini sering kali terjadi, dan Sang Gadis merasa sangat kagum dan hairan kepada mereka. Suatu hari, dia hendak meminta penjelasan untuk mengetahui penyebabnya. Maka kedua teman saya itu berkata, " Nabi Muhammad S.A.W melarang kami berbicara dengan bahasa yang tidak difahami oleh orang yang ketiga". Maka, dengan serta merta gadis ini mengatakan dengan bahasa Inggeris, "Betapa pekanya perasaan Nabi kalian!". Enam bulan kemudian, gadis ini masuk Islam. Di antara ungkapannya adalah," Sesuatu yang pertama sekali melekat pada hati saya adalah sensitivitas Islam dalam berinteraksi dengan orang lain".

Subhanallah. Islam itu hebat bukan?

Sumber dari buku: Muslim Bukan Individualis. Karangan Amru Khalid.


0 comments:

Post a Comment