Wednesday, March 26, 2014

Kerana Takdir


Tut tut..tut tut (Bunyi handphone)

"Assalamualaikum......permohonan anda semalam tak diterima".

Istighfar panjang bila terima panggilan ni tengah hari tadi. Jauh disudut hati masih berharap. Tapi hati tetap yakin dengan doa sebelum ni. Pendek kata takda rezki. Dan Allah bagi yang terbaik. Bukan yang paling disukai. Alhamdulillah masih bersyukur. Bersyukur kerana Allah bagi masa lagi untuk beramal. T.T

Ditakdirkan pagi tadi belek2 Al-Quran, jumpa ayat ni, dan rasa dah aura dia.

Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu (6:17).

Jadi, makin bertambah kuat untuk terima kenyataan ni. Dan...bila masuk je jumpa kanak2 tu, subhanallah tak tahu nak kata, rasa kuat, rasa tenang, rasa gembira dan bersyukur. Tambah2 lagi bila depa datang dekat then cakap sambil hulur tangan.."Nak salam teacher...". Memang speechless la time tu. Macam tau2 je teacher dy tengah ada konflik. hehe *tibe2 rase sayang lebih kat kanak2 ni :')

So, dan bila bagitau kat ayah pun ayah cakap, "Tak pe la kak, tak de rezki".

Hati makin kuat. At least tak seriau sangat. Sebagai manusia yang normal, memang rasa nak nangis dan mata dah berkaca. Harapan dah berderai. Tapi still remind to myself that itu hanya ujian dunia. Macam tak tahu yang harta tak boleh bawak balik pi sana. 

Dan rasa Allah masih izinkan lagi diri ni beramal untuk ampunkan dosa2. Dan yang paling penting masih kuat dalam tarbiah dan perjalanan ini..thumma alhamdulillah. 

#prayforIM529







0 comments:

Post a Comment