Tuesday, April 23, 2013

PRU 13

Bismillah walhamdulillah
Wassola'alan nabi.

Assalamualaikum wbt semua. Alhamdulillah atas segala nikmat Allah pada setiap sangat yang tidak terhitung. Maka moga kita sentiasa menjadi golongan yang bersyukur dan beramal untuk membuktikan rasa kesyukuran kita. :)

Alhamdulillah. Moga keyakinan pada jalan ini tetap teguh walau kadang dikomen dengan komen yang tidak membina apatah lagi menyokong. Namun amal tetap dilaksanakan. Insya-Allah. Dan kewangian ukhwah yang terbina atas dasar keimanan kepada Allah membuatkan hati lebih yakin dengan jalan ini dan bersemangat untuk bersama2 beramal. :D Walau sibuk berkempen, alhamdulillah program tarbiah masih berjalan untuk menaikkan kembali iman dan kembali mengikhlaskan niat dan tujuan sebenar dalam beramal.




Suasana sesi pembentangan tugasan.


Beramai-ramai menyiapkan bunting.

Sungguh sia2lah amal jika bukan kerana Allah. Moga Allah jualah yang menerima amalan kami dalam menegakkan dan mempertahankan agama-Nya. Walau terpaksa menghabiskan tenaga jua mengorbankan masa tidur, wang, dan masa rehat kami.

Sesungguhnya, kenikmatan hidup itu setelah kelelahan.

Buat semua pengundi,
Undilah Calon Muslim Berwibawa di kawasan anda! 
Moga kemenangan berpihak pada umat Islam. amien
Moga agama Allah tetap teguh di bumi Malaysia. amien3 ya Rabbal'alamien


Like! :)

1 comments:

ruhil-cahaya hati said...

Ukhti, moga kita kuat. Demi ummah, insya-Allah :')

Post a Comment