Friday, March 1, 2013

Rindu T.T

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih


Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir


Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku


Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Bismillah walhamdulillah,
wa sollu'alan nabi.

Alhamdulillah praktikal masih berada di dalam kawalan. Baru 2 minggu. Masih berbaki 12 minggu @_@ Semoga Allah memudahkan dan memberikan sebaik2 pengalaman dan ilmu. :') *pujuk hati. 

Akhirnya *akhirnya? --.', perasaan rindu tu datang. Sangat rindu. Sangat sangat rindu. Kadang2 rasa sayu, nak nangis :'( Rindu AST, rindu murobbiah, rindu nak hq, rindu mabit nadwah, rindu semangat nak follow up, rindu anak2 akhwat, rindu nak sembang, curhat, makan talam, gi pantai dan rindu serindu rindunya para akhwat tanah air tarbiahku

Mana2 pun kita berada di muka bumi Allah ini, ujian pasti bertandang. Ujian buat kita lagi kuatkan ikatan dengan Allah. Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, dunia hanya persinggahan, tempat untuk berlumba2 dan berbangga2 akan hal dunia. Maka hanya yang erat ikatannya dengan Allah mampu untuk menempuh liku2 kehidupan. Benar, adakalanya diri rasa nak cepat ditarikkan nyawa kerana rasa tak mampu untuk berjalan jauh mengharungi kehidupan dunia. Tapi apa kan daya, kita semua adalah milik Allah, Tuhan kita yang esa. Maka, Allah Maha Tahu yang terbaik untuk hamba-Nya. Dan kita tak pernah keseorangan, Allah ade ukhti. :) 

Pesanan blogger:
Tanpa tarbiah, hidup tak tentu arah! 
Jangan lupe tajidid niat wahai diri. ~.~

1 comments:

Anonymous said...

ASTian pun rindu dgn ukhwah yang dulu.harap ia kekal hingga sekarang and forever ever till jannah.biiznillah :)praktikal molek.jgn mkn coklat banyak sngat nnt gg belubang!

Post a Comment