Sunday, March 25, 2012

Bengkel Pengurusan Jenazah


Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah pada 24hb Mac 2012 yang lepas, kami telah menghadiri Bengkel Pengurusan Jenazah di Auditorium INOS, UMT.

Banyak ilmu yang dapat dari bengkel ni. Antaranya:

1. Ilmu forensik adalah bermula dari negara Arab dan kemudiannya berkembang di Greek.
Dan fungsi pihak forensik ni jugak untuk menyerahkan mayat pada ahli keluarganya dalam keadaan yang baik. Contohnya kalau anggota bercerai, mereka yang mencantumkannya.

2. Jenazah uzur: mati akibat penyakit berjangkit, luka terbuka, lemas dalam air, bunuh diri, kemalangan, yang mengalami pembusuk reputan akibat telah lama mati dan yang tidak diketahui kematiannya.

3. Antara jawapan2 dari soalan2 peserta:

Mayat yang mewarnakan rambutnya: Tidak boleh dipotong, dikekalkan. Itu antara hubungan si mati dengan Allah.

Badi mayat: Ianya wujud. Akibat dari gangguan jin. Mainan jin dan syaitan. Kena berubat.

Adab apabila berada di rumah si mati: Jangan masak atau hidangkan makanan di rumah si mati. Haram menggunakan harta si mati untuk tujuan kenduri dan sebagainya. Jiran seharusnya memainkan peranan untuk mempelawa ahli keluarga si mati untuk makan di rumah jiran tersebut.

Tatu pada mayat: Sama macam warnakan rambut. Tidak boleh ditanggalkan.

Solat jenazah: Sunat 40 orang jemaah. Tidak mengapa jika tidak cukup.

Air basuhan mayat: Haram menggunakan air basuhan mayat.

Talkin: Mengikut Imam Syafie, ia adalah sunat bagi orang yang hidup.

Mandi jenazah: Definisinya adalah meratakan air keseluruhan badan dengan cara tertentu. Jadi, menguam (tekan perut mayat untuk buang najis yang di hujung saluran) dan wudhuk untuk mayat adalah sunat.

Untuk tujuan menguam, ia tidak dilakukan untuk buang semua najis yang ada dalam perut si mati, kerana apabila lubang saluran najis terbuka, ia tidak akan dapat ditutup semula. Jadi, najis akan tercicir dan mungkin akan terkena pada kain kafan.

4. Pengurusan sejurus meninggal dunia:

a) Memejamkan mata si mati dengan cara mengurut kelopak mata dan sunat membaca: Bismillahi wa 'ala millati Rasulillah s.aw.

b) Menaut dagu dengan caa mengikat kain di atas kepala si mati.

c) Melembutkan semua sendi dan lipatan termasuk jari dengan minyak. Biasa guna minyak masak.

d) Menanggalkan pakaian si mati dan menutup dengan kain ringan.

e) Menghebahkan kepada orang ramai.

f) Menyegerakan pengurusan jenazah.

Ni gambar kemuncak program. Peserta yang telah siap dikafankan, dibaringkan untuk tujuan praktikal solat jenazah pulak. Dan yang paling best, ada bacaan talkin dari penceramah sendiri, En. Ariff. :) Terbaik!~~

...nanti sambung lagi ^^,' insya-Allah

Tuesday, March 20, 2012

manusia ibarat tetamu


Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang telah diberikan.
Setelah sekian lama, dapat jugak meluangkan masa untuk blog ni.
Wa sollu 'alan nabi.

Saya ingin kongsikan satu analogi untuk semua.

:. Saya pasti semua di antara kita memiliki rumah masing2. Bayangkan, pada suatu hari kawan baik kita telah datang ke rumah kita. Sebagai tuan rumah, pastinya kita melayani kawan kita yang juga tetamu kita sebaik mungkin. Kemudian, beberapa hari telah berlalu. Sehingga melewati satu minggu. Rumah yang dahulunya kemas kini bersepah. Majalah bertaburan di atas meja, baju-baju kotor bertimbun, makanan habis semua dimakan. Agak2 time tu kita rasa macam mana?.: (Solehah H. 2012)

Begitulah umpamanya diri kita, sebagai manusia yang hanya sebagai tetamu yang menumpang di bumi Allah. Jika kita mengerti hakikat sebagai tetamu, pastinya kita menjaga adab kita kepada tuan rumah.



Semoga kehidupan dunia yang melawan arus kemodenasasi ini, tidak menjadikan kita orang yang melupakan agama, melupakan Tuhannya, malah melupakan agama sebagai cara hidupnya.
Insya-Allah.
Wallahu'alam.

Saturday, March 10, 2012

la tahzan.


La tahzan. Innallahama'ana. :')
Bismillah.
Banyak sangat perkara yang difikirkan.
Semoga bisa melaksanakannya dengan baik. Insya-Allah.

"Bukan semua perkara yang kita korbankan menatijahkan sesuatu yang memuaskan hati kita. Pasti Allah menguji sejauh mana sabarnya kita. Teruslah melangkah mara kehadapan walau hidup di dunia tak seindah dan semudah yang diimpikan, kerana ganjarannya mungkin bukan untuk dinikmati saat ini, namun saat di dunia akhirat nanti.", monologku.
Insya-Allah. *yakin* :'

asma amanina,
AST,
11 Mac 2012.

Sunday, March 4, 2012

usrah


Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dengan segala nikmat Allah, wa sollu alan nabi.

Alhamdulillah. Saya amat bersyukur dengan kurniaan Allah bagi. Walaupun saya bukanlah seorang yang pengkhususan pendidikannya bahagian 'Islamic', namun Allah telah menemukan saya dengan manusia2 yang sama2 membicarakan ilmu Islam. Dan yang lebih penting, bagaimana praktikalnya ke atas segala ilmu tersebut.

Seandainya kita berkehendak, pasti Allah akan menunjukkan jalan2-Nya.
Insya-Allah.

Alhamdulillah :)
Moge terus tsabat dan sabar.

AST, Bait At-tarbiah
00:14 am
5.3.2012