Sunday, March 25, 2012

Bengkel Pengurusan Jenazah


Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah pada 24hb Mac 2012 yang lepas, kami telah menghadiri Bengkel Pengurusan Jenazah di Auditorium INOS, UMT.

Banyak ilmu yang dapat dari bengkel ni. Antaranya:

1. Ilmu forensik adalah bermula dari negara Arab dan kemudiannya berkembang di Greek.
Dan fungsi pihak forensik ni jugak untuk menyerahkan mayat pada ahli keluarganya dalam keadaan yang baik. Contohnya kalau anggota bercerai, mereka yang mencantumkannya.

2. Jenazah uzur: mati akibat penyakit berjangkit, luka terbuka, lemas dalam air, bunuh diri, kemalangan, yang mengalami pembusuk reputan akibat telah lama mati dan yang tidak diketahui kematiannya.

3. Antara jawapan2 dari soalan2 peserta:

Mayat yang mewarnakan rambutnya: Tidak boleh dipotong, dikekalkan. Itu antara hubungan si mati dengan Allah.

Badi mayat: Ianya wujud. Akibat dari gangguan jin. Mainan jin dan syaitan. Kena berubat.

Adab apabila berada di rumah si mati: Jangan masak atau hidangkan makanan di rumah si mati. Haram menggunakan harta si mati untuk tujuan kenduri dan sebagainya. Jiran seharusnya memainkan peranan untuk mempelawa ahli keluarga si mati untuk makan di rumah jiran tersebut.

Tatu pada mayat: Sama macam warnakan rambut. Tidak boleh ditanggalkan.

Solat jenazah: Sunat 40 orang jemaah. Tidak mengapa jika tidak cukup.

Air basuhan mayat: Haram menggunakan air basuhan mayat.

Talkin: Mengikut Imam Syafie, ia adalah sunat bagi orang yang hidup.

Mandi jenazah: Definisinya adalah meratakan air keseluruhan badan dengan cara tertentu. Jadi, menguam (tekan perut mayat untuk buang najis yang di hujung saluran) dan wudhuk untuk mayat adalah sunat.

Untuk tujuan menguam, ia tidak dilakukan untuk buang semua najis yang ada dalam perut si mati, kerana apabila lubang saluran najis terbuka, ia tidak akan dapat ditutup semula. Jadi, najis akan tercicir dan mungkin akan terkena pada kain kafan.

4. Pengurusan sejurus meninggal dunia:

a) Memejamkan mata si mati dengan cara mengurut kelopak mata dan sunat membaca: Bismillahi wa 'ala millati Rasulillah s.aw.

b) Menaut dagu dengan caa mengikat kain di atas kepala si mati.

c) Melembutkan semua sendi dan lipatan termasuk jari dengan minyak. Biasa guna minyak masak.

d) Menanggalkan pakaian si mati dan menutup dengan kain ringan.

e) Menghebahkan kepada orang ramai.

f) Menyegerakan pengurusan jenazah.

Ni gambar kemuncak program. Peserta yang telah siap dikafankan, dibaringkan untuk tujuan praktikal solat jenazah pulak. Dan yang paling best, ada bacaan talkin dari penceramah sendiri, En. Ariff. :) Terbaik!~~

...nanti sambung lagi ^^,' insya-Allah

2 comments:

~ohikaku~ said...

SubhanaAllah.. baru tahu..rugi sgt xdpt nk join..

amanina baharuddin said...

oo..xpe, insya-Allah boleh join yang next. ade rasenya nanti :)

Post a Comment