Tuesday, February 21, 2012

wasiat untuk mereka


Bismillah.

Mungkin sudah tiba masanya.
Semoga Allah memegang hati2 kita dan sentiasa menunjukkan kita jalan yang terbaik.
Terutamanya untuk bekalan akhirat kita.
Teruslah mencari Islam dalam hati kita dan kalian.
Moga suatu hari nanti kamu semua jua memahami apa yang kami sedang lakukan.

Yang paling penting,
Rasailah cinta Allah itu yang sangat indah- maka kita sanggup mengorbankan diri kita untuk agama.
Rasailah cinta Rasulullah- sehingga kita faham dan sedar tanggung jawab kita di muka bumi Allah ini.
Rasailah kepentingan tarbiah- agar hidup kekal untuk memperbaiki diri, menambahkan ilmu dan cintakan kebaikan sehingga merasakan keperluan untuk memberi pada yang lain.

Sejauh mana pun masa pantas berlalu, janganlah pernah berfikir untuk kembali ke zaman jahiliah itu. Teruslah merangkak, berjalan, atau berlari untuk menjadi pedoman untuk orang di sekeliling aku dan kamu. Teruskan menjalin ukhwah dengan mereka yang kita lihat kesolehannya, yang sama2 mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Seandainya selama ini banyak hal yang menggusarkan, mengguriskan hati kalian, sejuta kemaafan dipohonkan. Semoga keputusan ini memberikan hikmah yang baik disisiku dan kalian.

Yang ambil berat,
cahaya cita2 kami
22.02.2012 00.50
tarbiatul bait

Saturday, February 18, 2012

bila akhirat yang dekat di hati


Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah yang tak ternilai kepada Allah S.W.T. Dengan segala nikmat Islam, iman. Dialah yang membahagiakan hati, yang menguatkan semangat diri ini. Wa sollu'alan nabi.

Alhamdulillah, hati semakin lebih tenang setelah menempuh hari2 yang lepas. Entah kenapa hati ni rasa tersangatlah down sebelum tu. Serabut. Kucar-kacir. Tapi alhamdulillah, mungkin Allah telah menunjukkan jalan yang perlu aku lalui. Walau kadang2 aku merasakan ianya di luar batas kemampuan aku. Perkara yang baru je berlaku tu seolah2 suatu keajaiban dari Allah untuk menaikkan semangat aku. Alhamdulillah ya Allah...

Aku kagum bila mana orang yang ada rupa, ada harta, ada pangkat tapi tak pernah lupa untuk bersama-sama menjadi ummat yang menyumbangkan tenaga, harta dan jiwanya pada Islam. Subhanallah. Walaupun balasan untuk kerja2 agama ni bukannya dapat upah harta, duit, kekayaan tapi disebabkan cintanya mereka pada Allah, Rasul dan menyakini kehidupan akhirat yang lebih utama, maka terhasillah ikhwah dan akhawat yang sangat hebat peribadi Islam mereka untuk bersama2 menggalas beban ini.

Itulah satu anugerah dan kurniaan Allah buat insan yang disayangi-Nya.

Sedangkan Rasulullah pun bersusah untuk memiliki syurga, kita macam mana? :'(

Semoga Allah tetapkan hati ini pada kebenaran dan taufiq-Nya. Amieen ya Rabb.

Sunday, February 5, 2012

Suddenly Halaqah! :)

Bismillah walhamdulillah

Atas izin Allah, terpaksa balik awal 4hb malam yang sepatutnya nak balik 5hb malam. Puncanya yop terbeli tiket awal. -.-

Tapi tak pe.. sebab dapat join halaqah :D *best sangat. Alhamdulillah.

Jadi nak share, 3 cara pengabdian kita pada Allah:
1. memohon pada Allah dalam tiap keadaan (rezki, kebahagiaan, kemudahan menyelesaikan masalah, dan lain2 )
2. memohon pada Allah akan hidayah-Nya
3. menjaga diri dari melakukan perkara yang dilarang dan taat untuk melakukan perkara2 yang disuruh.

Pohonlah pada Allah dalam tiap keadaan. Dan dengan itu jugak ia menyedarkan kita bahawa kita sebagai manusia tidak memiliki apa2 pun, kerana semuanya adalah pinjaman Allah yang mutlak.

Perpustakaan Sultanah Zahirah UMT,
12.11 pm
06022012

Thursday, February 2, 2012

kembara buku


Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Segala pujian buat Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Alhamdulillah yang tidak terhitung. Wa sollu'alan nabi.

Dengan keizinan Allah, maka kami dipertemukan setelah sekian lamanya :) Best sangat. Alhamdulillah. Plan asal sebenarnya nak jumpa akhawat medan terengganu, tapi tak jumpa pun diorang sebab diorang datang lambat.*nasib datang dengan coursemate,tQ :). Jadi, jumpa la 'geng sekolah'. Bila dah jumpe geng sekolah...susah nak pisah. *sayang diorang lebih ka? huhu

Alhamdulillah selain dari dapat jumpe kengkawan, dapat jugak beli buku.

Semua buku yang dibeli tadi.

Dan, dapat jugak jumpe Fatimah Syarha even dari jauh. :) Terserempak jugak dengan kawan2 smakl yang lain.

Then, kami meneruskan perjalanan ke Kinokuniya. Saje tengok buku jugak. Then, terserempak pulak dengan senior smakl..:')

Begitulah siang tadi, hilang sikit rasa tertekan nak cari tajuk FYP bila dapat jumpa sahabat2. Entah bila lagilah dapat berjumpa. Harapnya, Allah akan sentiasa mengurniakan nikmat ukhwah tu.

Baiti Jannati,
00:08
Kuala Lumpur.