Monday, January 30, 2012

kebimbanganku


Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Beberapa hari ni, saya sibuk dengan walimah di sana sini.
Alhamdulillah 4 walimah yang saya hadiri Sabtu dan Ahad lepas berjalan lancar. Pasangan pengantin berjaya diijabkabulkan.. :) Thumma Alhamdulillah..moge pernikahan kekal ke akhir hayat dan hingga ke syurga. Amien..

Di sebabkan saya telah ditempatkan untuk menyambung pengajian ke Terengganu, alhamdulillah saya amat bersyukur kerana sedikit sebanyak kehidupan saya di Terengganu telah menjadikan saya lebih faham *insya-Allah doakan pada Islam yang sebenar. Menyebabkan sedikit sebanyak menyakinkan saya untuk mengubah penampilan saya ke arah yang lebih positif.

Namun kini, pengajian saya yang semakin hari semakin akan menjangkau ke pengakhirannya menggusarkan hati saya. Tambahan, penjelajahan saya di kawasan sekitar kL ini untuk memenuhi undangan walimah yang lepas telah membimbangkan saya. Mengapakah?? Kebimbangan apakah??

Kebimbangan terbesar saya adalah saya khuatir akan juga turut dipengaruhi oleh arus fesyen kemodenan tanpa sempadan. T.T Rata-rata kunjungan saya ke walimah yang lepas memperlihatkan betapa ramai muslimat yang muda remaja mungkin sebaya dengan saya tidak bertudung. Jika di Terengganu, ini adalah fenomena yang luar biasa! Kerana kebanyakan remaja mengenakan tudung even selendang. Dan di sana mudah untuk melihat penampilan anak muda remaja yang bertudung labuh. Keadaan itu pastinya berbeza dengan kehidupan di ibu negara Malaysia ini.

Saya juga merasakan betapa perlunya pendidikan Islam disebarkan kepada remaja di sini. Mungkin disebabkan ada di antara mereka yang mengambil keputusan untuk terus bekerja, sudah tidak mahu menyambungkan pengajian, jadi mereka tidak didedahkan dengan persatuan2 atau program2 atau jua insan2 yang boleh membimbing ke arah lebih baik. (takde orang nak dakwah fardiah). Tambahan, saya melihat sistem kekeluargaan jua yang seakan hanya menuntut kecemerlangan akademik dan kerjaya tanpa mementingkan lebih hal ehwal agama.

Inilah kebimbangan saya. Tapi saya faham bahawa ini semua menuntut kepada kehendak pengamalan individu itu sendiri, sama ada mahu yang baik atau sebaliknya. Namun, saya sentiasa berdoa dan berharap semoga sentiasa dipertemukan dengan sahabat2 yang boleh menunjukkan ke arah kebaikan, keredhaan Tuhan. Dan semoga persekitaran apa pun yang terpaksa kita hadapi, tidak akan sedikit pun menggugah ketulusan hati kita dalam mencari kebenaran, dan meninggikan syi'ar Islam di bumi Allah ini. Amien3x

Saya teringat akan suatu pesanan oleh seorang ukhti (maksud dia yang lebih kurang macam ni) :

Janganlah kita menambahkan rukun iman kita lagi iaitu beriman kepada orang yang soleh. Bila time dengan orang soleh, baru nak beriman. Sepatutnya kita beriman kepada Allah, setiap masa, di mana2 pun. (terkesan2)

sob2. Moge dijauhkan dari bersikap seperti munafiq. Nauzubillah ya Allah...

Proud to be muslimah :)

Saturday, January 14, 2012

Hilal Asyraf: Sinergi


Bismillah

Alhamdulillah.
Akhirnya, novel Sinergi berjaya dihabiskan. Seorang akhawat telah mempromosikan kepada saya. Jazakillah ukht. :)

Sinergi: Sebuah novel yang padat dengan unsur2 ukhwah yang berlandaskan iman semata-mata kerana Allah. Susah senang dilalui bersama. Tatkala merasa lemah, ada yang menguatkan. Tatkala jiwa kosong, ada yang mengingatkan. Kasih sayang ditunjukkan. Kesungguhan berdakwah. Memang suatu penceritaan yang memberi kesan pada hati.

Semoga diri ini lebih melihat keimanan adalah paksi dalam berukhwah. Keutamaan mengikat hati sebelum berdakwah. Sedikit sebanyak memberikan dorongan dalam berdakwah.
Insya-Allah.

Moga saya bisa memiliki kemanisan iman dan kemanisan dalam berukhwah. :D amien
Dan bila baca buku ni, saya teringatkan kawan smakl. :'(
Semoga kami semua sentiasa dalam taufiq-Nya. Amien ya Rabbana.

Thursday, January 12, 2012

rumusan sem 5


Bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran kepada Allah yang memberikan 'kebahagian' Islam dalam jiwaku. Moga ianya berkekalan hingga saat ruhku kembali bertemu penciptaku. Amien. Wa sollu 'alan nabi.

Saya mengakui banyak2 post yang dipostkan jarang ada input2 ilmiah yang secara direct. Kerana saya lebih selesa untuk menulis kisah2 perjalanan hidup yang kiranya banyak ibrah, perkongsian dan muhasabah yang boleh diambil. Tapi kadang2 try jugak nak taip ilmu yang boleh di share dari buku dalam ni. Atau pun copy paste dari blog lain. =.=

Semester 5 kini di penghujungnya. Banyak kisah suka duka yang saya hadapi. Dan pastinya setiap yang berlaku adalah anugerah Allah dalam mendidik jiwa hamba-Nya ke arah yang lebih baik. :)

1. Dari sudut tarbiah dan dakwah

Sem ni banyak mengajar saya untuk terus ke depan dalam membuat penilaian ke atas mad'u. Even benda yang simple pun kite kene tahu. Kene selalu bersama. Walaupun sekejap. Dari sudut harakinya, saya melihat banyak lagi usaha yang kreatif perlu dilakukan untuk tarik mad'u, yang sangat menguji kesabaran, pengorbanan, dan kesungguhan.

2. Dari sudut akademik

Alhamdulillah, ada peningkatan. Saya try amalkan buat mind map after habis tiap chapter. Kesimpulannya, time exam saya tak perlu struggle lagi buat nota tapi just kuatkan ingatan tentang subject tu. Memang seronok. cubalah! :)

3. Dari sudut hal2 peribadi

Semester ni saya pindah rumah sewa lain. Jadinya, dalam rumah yang diduduki tu bukan hanya ada akhawat tapi juga bercampur dengan yang bukan akhawat. Seriuosly, ia memang menguji keimanan saya dan sejauh mana tahap kesabaran saya kepada mereka. Saya mengaku, saya juga perlukan suasana yang membantu untuk memperindahkan lagi diri saya pada amal Islam yang sebenar. Bukan saya tidak mahu beserta mereka yang tidak ditarbiah, tapi bukanlah untuk berumah bersama. Cukuplah sekadar bertemu di luar. Bukanlah menghindarkan diri, tapi itulah. Sukar untuk diluahkan.

Insya-Allah semester depan saya akan berpindah duduk semula bersama-sama akhwat. Moganya kehadiran akhwat dalam diri saya bisa menaikkan lagi iman dan kecintaan saya pada amal Islam. Seandainya ujian yang menimpa, moga Allah kuatkan hati untuk menghadapinya. Amien :D

4. Dari sudut menerima musibah yang datang

Semester ni banyak ujian yang meragut ketenteraman saya dalam menjaga harta dunia pinjaman Allah.

1. Motor saya dilanggar oleh Toyota Unser. Lampu pecah, handle senget, yang paling syahdunya banyak calar-balar kat handle. Sayang. Hadiah dari orang tua saya. Sedih bila memikirkan. Tapi itu semua mengajar saya akan erti segalanya bukan milik kita. Sebagai hamba, saya hanya mampu berdoa moga Allah pelihara segala harta saya dari kejahatan manusia. Amien.

2. Saya diragut. Trauma. Kesannya masih sedikit berbekas hingga kini. Beg tangan yang mak cik saya jahitkan diragut. Dalam tu ada kalkulator ( dari form 4), lab manual, buku nota arab yang paling saya sayang, beg duit ( dalam tu ada RM100, i/c, lesen semua) dan pensil box yang cantik dengan pelbagai alat tulis. Memang sedih. Tapi itulah, Allah didik lagi semua harta Allah yang punya. Saya redha dalam tangisan.

Namun hati saya berbunga balik bila ada kakak dari Stesen Minyak Shell yang call cakap beg duit saya dijumpai. Beg duit je. Alhamdulillah, at least saya tak perlu pi JPJ amek lesen yang baru. Allah mudahkan. :)
Tanpa saya duga. Thank you Allah.

3. Rumah sewa kami dipecah masuk. Bengang bila dapat tahu. Seolah-olah kejadian2 ni menunjukkan masyarakat di sini adalah bersifat negatif. Tapi saya try positifkan minda. Apa2 yang berlaku ni mungkin peringatan Allah supaya kita lebih berhati-hati. Alhamdulillah barang saya tak de apa sangat yang hilang, cuma memory kad handphone sony, 47kb. Memory card yang waktu beli lepas SPM dulu. Housemate lain hilang duit syiling. Mujur diorang tak berminat untuk amek printer housemate saya.

Dan dari sudut lain-lain hal, saya sangat bersimpati dengan takdir Allah kepada akhawat yang hilang laptop. Rumah dirompak, laptop 5 buah hilang sekali gus. Hebatnya ujian untuk mereka. Moga Allah tetapkan hati kami walau apa pun dugaan yang menggugat jiwa.

Itulah sedikit coretan duniawi yang banyak mendidik jiwa. Untuk sem depan kami akan diuji dengan kene buat proposal final year project pulak. Mudah2an apa jua yang kita lakukan di bawah rahmat dan redha Allah. Saya jua berharap sangat untuk dapat cari mereka yang bisa berjuang d ijalan dakwah menggantikan kami yang jika tiada aral melintangnya, dengan izin Allah jua, bakal grad tidak lama lagi.

Jadi, strategi mesti teratur sebelum menjelang sem depan. Semangat!

Akhir kata, moga hidup dan mati kita dalam iman, dan berakhir dengan kesudahan yang baik. Moge Allah redha kita sebagai hamba-Nya dan Rasullullah tersenyum melihat kita di 'sana' nanti. Amien.

Yang baru habis final exam,
hamba Allah yang nak jadi solehah,
the future food technologies.
Insya-Allah! :)

Nak share satu lirik lagu yang best :) tryla search.
dari kumpulan Far east, Tajuknye: Kembali

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

Tuesday, January 10, 2012

walimah. best!


Bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Peperiksaan di hujung rancangan. Rancangan lain pula menyusul insya-Allah. Rancangan ke walimah. :) Kedah, kL, Klang. n_n

Semoga perkahwinan berkekalan ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh wa solehah buat pasangan yang diraikan.
Insya-Allah akan menyusul. *doakan ^^,'

Sunday, January 1, 2012

Allah make me strong :'D


I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way


My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf