Monday, January 30, 2012

kebimbanganku


Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Beberapa hari ni, saya sibuk dengan walimah di sana sini.
Alhamdulillah 4 walimah yang saya hadiri Sabtu dan Ahad lepas berjalan lancar. Pasangan pengantin berjaya diijabkabulkan.. :) Thumma Alhamdulillah..moge pernikahan kekal ke akhir hayat dan hingga ke syurga. Amien..

Di sebabkan saya telah ditempatkan untuk menyambung pengajian ke Terengganu, alhamdulillah saya amat bersyukur kerana sedikit sebanyak kehidupan saya di Terengganu telah menjadikan saya lebih faham *insya-Allah doakan pada Islam yang sebenar. Menyebabkan sedikit sebanyak menyakinkan saya untuk mengubah penampilan saya ke arah yang lebih positif.

Namun kini, pengajian saya yang semakin hari semakin akan menjangkau ke pengakhirannya menggusarkan hati saya. Tambahan, penjelajahan saya di kawasan sekitar kL ini untuk memenuhi undangan walimah yang lepas telah membimbangkan saya. Mengapakah?? Kebimbangan apakah??

Kebimbangan terbesar saya adalah saya khuatir akan juga turut dipengaruhi oleh arus fesyen kemodenan tanpa sempadan. T.T Rata-rata kunjungan saya ke walimah yang lepas memperlihatkan betapa ramai muslimat yang muda remaja mungkin sebaya dengan saya tidak bertudung. Jika di Terengganu, ini adalah fenomena yang luar biasa! Kerana kebanyakan remaja mengenakan tudung even selendang. Dan di sana mudah untuk melihat penampilan anak muda remaja yang bertudung labuh. Keadaan itu pastinya berbeza dengan kehidupan di ibu negara Malaysia ini.

Saya juga merasakan betapa perlunya pendidikan Islam disebarkan kepada remaja di sini. Mungkin disebabkan ada di antara mereka yang mengambil keputusan untuk terus bekerja, sudah tidak mahu menyambungkan pengajian, jadi mereka tidak didedahkan dengan persatuan2 atau program2 atau jua insan2 yang boleh membimbing ke arah lebih baik. (takde orang nak dakwah fardiah). Tambahan, saya melihat sistem kekeluargaan jua yang seakan hanya menuntut kecemerlangan akademik dan kerjaya tanpa mementingkan lebih hal ehwal agama.

Inilah kebimbangan saya. Tapi saya faham bahawa ini semua menuntut kepada kehendak pengamalan individu itu sendiri, sama ada mahu yang baik atau sebaliknya. Namun, saya sentiasa berdoa dan berharap semoga sentiasa dipertemukan dengan sahabat2 yang boleh menunjukkan ke arah kebaikan, keredhaan Tuhan. Dan semoga persekitaran apa pun yang terpaksa kita hadapi, tidak akan sedikit pun menggugah ketulusan hati kita dalam mencari kebenaran, dan meninggikan syi'ar Islam di bumi Allah ini. Amien3x

Saya teringat akan suatu pesanan oleh seorang ukhti (maksud dia yang lebih kurang macam ni) :

Janganlah kita menambahkan rukun iman kita lagi iaitu beriman kepada orang yang soleh. Bila time dengan orang soleh, baru nak beriman. Sepatutnya kita beriman kepada Allah, setiap masa, di mana2 pun. (terkesan2)

sob2. Moge dijauhkan dari bersikap seperti munafiq. Nauzubillah ya Allah...

Proud to be muslimah :)

2 comments:

Post a Comment