Tuesday, March 29, 2011

manfaat di hujung rancangan


bismillah walhamdulillah
assalamualaikum,

Lebih kurang 19, 20 hari lagi akan menjejakkan kaki ke hari final exam. Cepat terasa masa berlalu. Mudah2an result sem ini ada peningkatan. amiin

Tadi untuk subject Advanced Food Microbiology, kami buat tapai dan yougurt. Dan untuk subjek Asas Penyediaan Makanan, menu terakhir yang kami buat Isnin lepas adalah Moist Chocolate Cake dan Vienna Cookies.*buat ahli kumpulan 11 pagi, salah silap harap dimaafkan

Alhamdulillah, masing2 dihujung rancangan. Moga segala ilmu dan resipi2 bisa dimanfaatkan waktu cuti semester nanti. =)

Nota Diri:
Buat iman, masih perlu digali agar merasai nikmatnya. Buat hati, perlu dikikis segala anasir jahat yang mahu menyerangnya. Dan buat sikap, perlu bermujahadah agar yang baik itu dilaksanakannya. Amiin. Doakan kita agar tetap dalam jalan yang lurus untuk menjadi kompas kehidupan..^^,


dalam kenangan ^^,
yang pakai baju batik tu lecturer kami =)
thanx En.Hafiz..

Monday, March 21, 2011

buat diriku dan dirimu ukhti =)


Ketahuilah bahawa hidup ini adalah cabaran.

"Adakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami telah beriman dan mereka tidak diuji??? (29:2)

Mudah-mudahan segala ujian (sama ada nikmat atau musibah)
*maksudnya kita sentiasa merasakan kebersamaan dengan ALLAH walau dalam apa situasi, suka atau duka
menjadikan kita lebih lebih lebih baik,
mendekatkan diri padaNYA,
sabar,
syukur,
berharap,
berdoa,
semoga segalanya dipermudahkan olehNYA.amie
n


yakinlah! ALLAH sentiasa bersama kita =)


...Bagi orang yang bertaqwa tersedia di sisi Tuhan mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci serta ridha ALLAH...(3:15)

maka janji ALLAH itu pasti.
Mudah2an kita semua tergolong dalam golongan yang diredhai ALLAH.amien3x


salam perjuangan sepahit hempedu buat syurga yang semanis madu!! ^-^
insyaALLAH~~

Friday, March 18, 2011

khabar iman


bismillah alhamdulillah.
wa sollu 'alan nabi.

Baru2 ini, dunia iaitu bumi telah dikejutkan lagi dengan bencana alam yang dahsyat di Jepun. Dan jika dilihat, banyak negara di atas bumi ini yang mengalami bencana alam yang teruk. Jadinya, sudah tiba masanya untuk kita sedar petanda dari Illahi.

Firman ALLAH S.W.T:

Akan Aku palingkan dari tanda-tanda kekuasaanKU orang-orang yang menyombongkan diri di bumi tanpa alasan yang benar. Kalau pun mereka melihat setiap tanda kekuasaanKU mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak akan menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya.
(Al-'Araf: 146)
maka benarlah kata-kata ALLAH yang Maha Agung.

Maka tatkala hati meyakini dengan ayat2 ALLAH, maka bukalah pintu hati kita. Mudah2an kita tidak tergolong dalam orang2 yang lengah dengan merasakan selamat pabila berbuat dosa. Na'uzubillah...




Bersempena dengan itu, mari kita sama-sama menghayati lirik ini:



Telah kita diberitakan
Akan tibanya hari kedatangan
Musibah melanda semesta alam
Tiada siapa yang dapat menghalang
Bila manusia telah lupa
Sujud menyembah kepada
Yang Esa

Dosa pahala tak dihiraukan lagi
Hati telah gelap hilang cahaya
Lalu berbunyi sangkakala membelah langit
Gegak gempita masing-masing
berlindung diri

Ibu kehilangan anak di kandungan
Bintang yang di langit pun berguguran
Kala itu taubatmu tidak berguna lagi

Bila tibanya hari pengadilan
Di Padang Masyar kita dihimpunkan
Akan dihitung segala amalan
Seperti mana yang telah diwahyukan

Wahai muslimin umat semua
Kembalilah kita kepad Allah.
Hindarkan diri dari dosa-dosa
Agar di sana tiada penyesalan
Bila matahari terbit dari barat
Kala itu taubat tak berguna lagi

by Raihan

Monday, March 14, 2011

caramel and ice cream

bismillah walhamdulillah
wa sollu'alan nabi

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH yang Maha Kuasa.

Hari ini dalam sejarah hidup:

1) Buat creme caramel
2) Buat ice cream home made =)

Nak cakap terima kasih kat Puan Faridah sebab tolong kami buat caramelization sugar agar tidak hangus dan pahit. Tapi terasa jugak ketiadaan Encik Hafiz. *mode sedih

Apa pun subjek Asas Penyediaan Makanan ni adalah satu subjek yang sangat baik kerana melalui subjek inilah, kami mula mengetahui asas pembuatan makanan seperti kek,mayonnaise, sauces,starches and many more.

Sekian, melaporkan.

Thursday, March 10, 2011

HATI=hati-hati


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH Tuhan Semesta alam. Wasollu 'alan nabi.

Dia merenung sejenak malam ini. Terasa banyak berdosa pada ALLAH dan manusia. Dia merasakan jua kata-kata nasihatnya pada sahabat-sahabatnya teruji pada dirinya kini. Namun dia masih berusaha untuk ber husnuzzhon dan memohon agar dijauhkan dari bisikan syaitan.

Seketika dia merasa tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan mereka. Bukan bermaksud menyalahkan. Tapi, mencari dimanakah perilaku mereka yang membenarkan kata-kata mereka? Lalu, dimanakah sensitiviti lantaran perbuatan atas kesilapan mereka? Dia menjadi bingung.

Dia tahu ini pasti ujian untuk menguji sejauh mana kehebatan ukhwah fillah yang biasa dibanggakan. Astaghfirullahal'azim...

Firman ALLAH S.W.T:

Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri mereka sendiri , ada yang pertengahan, dan ada pula yang yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin ALLAH. Yang demikian itu adalah karunia yang besar. (35:32)

Melihat pada dalil di atas, adalah karunia yang besar bagi mereka yang lebih dahulu berbuat kebaikan. Maka wahai sahabat yang disayangi kerana ALLAH, ayuh ubah hati dan sensitiviti kita agar lebih berbuat kebaikan secara proaktif. Bukan tunggu mood baik. Bukan tunggu disuruh. Bukan tunggu ada masa lapang. Kerana seharusnya kita sudah tahu dan sedia maklum, itu adalah amanah dan tanggung jawab kita!

sekadar perkongsian. Penulisan ini mungkin tidak sesuai untuk pihak2 yang lain kerana ia merujuk pada satu masalah yang dirahsiakan. sekian. harap maklum.




Tuesday, March 1, 2011

mereka permataku


Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang
selamanya...

Dikaulah cahaya..
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...


ibu tercinta

ayah tersayang


yop. smoge cepat dapat jodoh.amiin

apit.semoge berjaya SPM'11.amiin

p/s: anyah, tiada gambar. semoge menjadi anak yg soleh.
dan semoga ALLAH sejahterakan kami semua, di dunia jua di akhirat. amiin

yang merindui mereka dari jauh~~