Thursday, March 10, 2011

HATI=hati-hati


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH Tuhan Semesta alam. Wasollu 'alan nabi.

Dia merenung sejenak malam ini. Terasa banyak berdosa pada ALLAH dan manusia. Dia merasakan jua kata-kata nasihatnya pada sahabat-sahabatnya teruji pada dirinya kini. Namun dia masih berusaha untuk ber husnuzzhon dan memohon agar dijauhkan dari bisikan syaitan.

Seketika dia merasa tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan mereka. Bukan bermaksud menyalahkan. Tapi, mencari dimanakah perilaku mereka yang membenarkan kata-kata mereka? Lalu, dimanakah sensitiviti lantaran perbuatan atas kesilapan mereka? Dia menjadi bingung.

Dia tahu ini pasti ujian untuk menguji sejauh mana kehebatan ukhwah fillah yang biasa dibanggakan. Astaghfirullahal'azim...

Firman ALLAH S.W.T:

Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri mereka sendiri , ada yang pertengahan, dan ada pula yang yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin ALLAH. Yang demikian itu adalah karunia yang besar. (35:32)

Melihat pada dalil di atas, adalah karunia yang besar bagi mereka yang lebih dahulu berbuat kebaikan. Maka wahai sahabat yang disayangi kerana ALLAH, ayuh ubah hati dan sensitiviti kita agar lebih berbuat kebaikan secara proaktif. Bukan tunggu mood baik. Bukan tunggu disuruh. Bukan tunggu ada masa lapang. Kerana seharusnya kita sudah tahu dan sedia maklum, itu adalah amanah dan tanggung jawab kita!

sekadar perkongsian. Penulisan ini mungkin tidak sesuai untuk pihak2 yang lain kerana ia merujuk pada satu masalah yang dirahsiakan. sekian. harap maklum.




1 comments:

Anonymous said...

bgus2..cmenya kte slalu mengeluh napa akhawat mcn ni,napa x mcm ni..huhu..
if we want something from our friend,we first must be frien of them

ah..ayat english tnggang tebalik...huhu..

Post a Comment