Friday, September 30, 2011

pesta konvo!


Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x, wasollu'alan nabi.

Bersempena Pesta Konvokesyen yang ke-9 UMT, kami telah membuka booth Aman Palestin di KM 77. Ternyata hati2 masyarakat Islam masih ada yang peka pada mereka terutama bagi yang menghulurkan derma ikhlas. Moga segala derma yang diinfaqkan akan diberi ganjaran oleh ALLAH S.W.T insya-ALLAH. :)


Dan tidak dapat dinafikan, inisiatif pihak pengurusan yang membuat tayangan melalui monitor komputer mendapat sambutan yang menggalakkan. Dan diharapkan, dengan melihat video2 dan tayangan2 keperitan masyarakat Palestin dan perjuangan mereka di sana untuk menyelamatkan tanah air mereka, sedikit sebanyak dapat membuka minda umat Islam dan menaikkan semangat perjuangan terutamanya dari kalangan generasi muda untuk menaikkan martabat Islam dikedudukan yang tinggi.

Umat Islam sentiasa boleh!~~<3

Wednesday, September 28, 2011

kuatkan iman, cekalkan hati :)


Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih lagi diberikan nyawa oleh ALLAH untuk beramal soleh. InsyaALLAH. Wa sollu 'alan nabi.

Akhirnya dapat jugak post untuk tulis tentang semester baru kat sini. :) Alhamdulillah.

Ternyata suasana yang dihadapi kini berbeza dari dulu.

Lain.

Kalau dulu kita makan talam sama2 hari2, tapi sekarang kita makan talam kat program je,

Kalau dulu kita masak sama2, tapi sekarang tak tahula bilanya nak masak. ;p

Kalau dulu kita solat jemaah sentiasa, tapi sekarang...( im speechless)

Semuanya tinggal kenangan.

Tapi bagus jugak kot sebab boleh mengurangkan keretakan ukhwah sebab dah jauh. ^^,'

Tapi alhamdulillah aku masih ada akhwat yang menguatkan kat sini. Walaupun tak seramai yang dulu harapnya kami dapat menguatkan satu sama lain especially waktu qiam. Mujahadah betul. =.=

Dan yang pastinya, kerana ikatan akidah yang ada dalam hati kita ni lah yang bisa menguatkan ukhwah walau di mana pun kita diletakkan. InsyaALLAH :)

Tuesday, September 27, 2011

selamat ulang tahun kelahiran i.b.u!

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu
Selamat ulang tahun kelahiran ibu. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNYA, dimurahkan rezki, dijauhkan dari segala kejahatan manusia yang zalim dan sihat tubuh badan. amien sayang ibu <3 ;p mmuah.

daripada,
anakmu yang berada di kejauhan

Sunday, September 18, 2011

sem 5

Bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah telah selamat sampai di bumi Terengganu. Semoga semester ini lebih baik gerak kerjanya, tarbiahnya dan akademiknya. Dan semester ni pun pindah rumah sewa yang baru. Mudah2an ALLAH mudahkan urusan kami dan beri pilihan dan keputusan yang terbaik. Amien *doakan. =.=

Dan semoga ALLAH sentiasa melindungi ibu ayah dan keluarga dari segala mara bahaya, dan melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya pada mereka. Amien.




Monday, September 12, 2011

kebaikan yang bisa hilang

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Hati2lah terhadap perbuatan maksiat yang tidak terlihat manusia!

Rasulullah s.a.w bersabda, "Saya akan beritahukan kepada kalian suatu kaum dari kalangan umatku. Mereka datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung. Namun ALLAH menjadikan kebaikan tersebut seperti debu yang berterbangan". Tsauban berkata, "Ya Rasulullah! Terangkanlah sifat2 mereka pada kami, sehingga kami tidak termasuk golongan mereka, sedangkan kami tidak menyadarinya". Rasulullah s.a.w. bersabda, "Mereka mengisi waktu malam dengan beribadah, seperti yang biasa kalian lakukan. Namun mereka jika sedang sendirian dan mempunyai kesempatan melakukan perbuatan haram, maka mereka melakukannya". (HR Ibnu Majah).


Saturday, September 3, 2011

patience is a virtue :')


Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x atas segala nikmatNYA dan semoga dikuatkan iman untuk beramal.

Tiba2 sangat tidak bermood untuk menyambung post yang lepas tentang raya haritu. Malunya rasa kerana Ramadhan yang lalu tidaklah sehebat mana. Astaghfirullah3x. Mudah2an dapat bertemu semula dengan Ramadhan yang akan datang. insyaAL
LAH

Patience is a virtue. Namun semakin diri cuba untuk menyabarkan diri, semakin kesabaran tercabar. Kemarahan naik macam tak pernah tahu sirah akhlak Rasulullah yang patut dicontohi. Dan keikhlasan teruji. Dendam membara. Hasilnya? *tak kan nak jadi geng iblis? Na'uzubillah

Itulah realiti yang berlaku. Dan sekarang ni mendiamkan diri itu seakan2 menjadi jalan yang terbaik untuk bersabar.

Orang selalu cakap, "Sabar pun ada hadnya!"

Tapi realiti cakap, "Sabarla sampai bila2..!"

Kalau diri kita benar2 beriman dengan ALLAH dan RasulNYA, pasti kita akan berusaha menjadi orang yang sentiasa bersabar walaupun kita mampu untuk membalasnya.

Doaku..T.T
Amien ya Rabb!