Saturday, January 2, 2016

Tembok Penghalang

Bismillah,
Assalamualaikum semua sahabat2, pembaca blog dan blogger semua.

Alhamdulillah masih lagi bernafas pada masa ini.
Masa berlalu dan berlalu.
Tahun ni bertambah lagi satu angka.

Mendapat berita kematian pada awal tahun baru sangat menginsafkan.
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Takziah buat mereka yang kehilangan insan tersayang.
Insya-Allah kita juga bakal mengikut jejak bertemu dengan kematian.

Untuk yang masih bernyawa, masih terbuka pintu beramal dan taubat untuk kita.
Subhanallah.

____________________________________________________________________

Tembok penghalang.
Apakah tembok yang menghalang anda dari terus memajukan diri sendiri?

Penakut?
Kurang kemahiran?
Kurang ilmu?
Kurang pengalaman?

Tahun 2015 telah menjadikan saya dengan izin Allah jua berjaya memecahkan tembok penghalang iaitu kurang keberanian dan kurang kemahiran dalam memandu.
Alhamdulillah, terasa satu bebanan kat bahu berkurang.
Saya bebas!
Hajat saya 2 tahun yang lepas telah dimakbulkan.

_________________________________________________________________________

Walaupun belum bertemu jodoh, tapi Allah gembirakan saya dengan nikmat yang lain.
Sangat banyak dan sangat tak disangka2 terutamanya bila dapat sampai ke bumi para anbiya'. Allahuakbar!

Kalau dulu suka sangat nyanyi lagu Irfan Makki Labbaikallah, tak sangka doa tu menjadi kenyataan. Terharu dan bersyukur dan berharap akan lebih kuat menghadapi ujian duniawi.

Harapnya hajat tahun 2015 yang tak tercapai akan tercapai pada tahun 2016 ni.
Insya-Allah amien.

Semoga tsabat wahai diri.