Wednesday, March 26, 2014

Kerana Takdir


Tut tut..tut tut (Bunyi handphone)

"Assalamualaikum......permohonan anda semalam tak diterima".

Istighfar panjang bila terima panggilan ni tengah hari tadi. Jauh disudut hati masih berharap. Tapi hati tetap yakin dengan doa sebelum ni. Pendek kata takda rezki. Dan Allah bagi yang terbaik. Bukan yang paling disukai. Alhamdulillah masih bersyukur. Bersyukur kerana Allah bagi masa lagi untuk beramal. T.T

Ditakdirkan pagi tadi belek2 Al-Quran, jumpa ayat ni, dan rasa dah aura dia.

Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu (6:17).

Jadi, makin bertambah kuat untuk terima kenyataan ni. Dan...bila masuk je jumpa kanak2 tu, subhanallah tak tahu nak kata, rasa kuat, rasa tenang, rasa gembira dan bersyukur. Tambah2 lagi bila depa datang dekat then cakap sambil hulur tangan.."Nak salam teacher...". Memang speechless la time tu. Macam tau2 je teacher dy tengah ada konflik. hehe *tibe2 rase sayang lebih kat kanak2 ni :')

So, dan bila bagitau kat ayah pun ayah cakap, "Tak pe la kak, tak de rezki".

Hati makin kuat. At least tak seriau sangat. Sebagai manusia yang normal, memang rasa nak nangis dan mata dah berkaca. Harapan dah berderai. Tapi still remind to myself that itu hanya ujian dunia. Macam tak tahu yang harta tak boleh bawak balik pi sana. 

Dan rasa Allah masih izinkan lagi diri ni beramal untuk ampunkan dosa2. Dan yang paling penting masih kuat dalam tarbiah dan perjalanan ini..thumma alhamdulillah. 

#prayforIM529







Monday, March 17, 2014

Harapan Ar-Raja'

Bismillah walhamdulillah 
Assalamualaikum wbt.
Wa sollu 'alan nabi.

Kaifahalukum? Semoga khair semuanya.
Semoga iman dan amal juga bertambah. amieen insya-Allah

Harapan.

Pernah tak anda mengalami situasi berharap yang amat sangat dan berdoa dan terus berdoa. Dan akhirnya Allah memakbulkan harapan anda dengan menjadikannya sebagai kenyataan?

Jika ya, alhamdulillah thumma alhamdulillah. :)

Ar-Raja' : adalah kita mengharapkan rahmat Allah. Redha Allah adalah tujuan kita.Pengharapan untuk masa akan datang. Maka apabila mengharapkan rahmat Allah, maka kita akan berusaha ke arah tersebut. Bukan hanya sekadar pada kata-kata.

Di sini penulis ingin berkongsi dengan pembaca dengan dua buah kisah berkenaan dengan pengharapan kepada Allah.

1) Kisah ibu Maryam & Maryam

Secara ringkasnya, ibu Maryam ialah seorang yang selalu berharap akan anaknya nanti seorang lelaki yang seluruh kehidupannya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Namun, Allah mengurniakan ibu Maryam seorang anak perempuan, iaitu Maryam. Walaupun begitu, Maryam tetap mempunyai ciri2 yang diharapkan oleh ibunya tadi iaitu anak yang seluruh kehidupannya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Dan akhirnya Maryam melahirkan Nabi Isa, seorang lelaki yang seluruh kehidupannya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Maka disimpulkan bahawa berkat pengharapan ibu Maryam dahulu, walaupun tidak seperti yang diharapkan pada zuriatnya, namun harapannya dimakbulkan pada zuriat anaknya Maryam. Atas pengharapan ibu Maryam yang kuat kepada Allah, akhirnya Allah memakbulkannya jua.

2) Kisah Rumah Abu Ayyub Al-Ansori

Rumah Abu Ayyub Al-Ansori sangat terkenal suatu ketika dahulu di mana berhentinya unta Rasulullah s.a.w.
Dikisahkan bahawa dahulunya, pemilik rumah Abu Ayyub Al-Ansori selalu berharap akan rumahnya nanti menjadi persinggahan oleh seseorang yang mulia. Walaubagaimana pun, harapan pemilik tersebut tidak berlaku kepada dirinya namun berlaku kepada pemilik rumah selepasnya iaitu Abu Ayyub Al-Ansori.
Begitulah hebatnya kuasa pengharapan kepada Allah, ianya tetap dikabulkan. Cuma antara lambat ataupun cepat harapan tersebut dikabulkan.

Sedikit kisah yang boleh dijadikan penguat dan pedoman buat kita. Mungkin banyaknya harapan kita yang termakbul kerana suatu masa dahulu kita benar-benar mengharapkannya. Dan mungkin jua harapan tersebut belum lagi termakbul kerana masanya belum tiba.

Maka teruslah berharap, berusaha dan berdoa. 
Berharap agar rahmat dan redha Allah bersama kita. 
Amieen.
Kerana besarnya kuasa sebuah pengharapan kepada Allah.

#prayforMH70.
Kerana besarnya kuasa sebuah pengharapan kepada Allah, kerana tiada yang mustahil bagiNya. Moga Allah mengembalikan MH370 yang masih tidak ditemui. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. amieen