Tuesday, May 21, 2013

Bertahan

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt semua :)
Wa solllu alan nabi..(rindunye kat Nabi Muhammad...)

.Kaifahal semua? Semoga kita terus mujahadah dalam menjaga amal mutabaah kita walau sesibuk mana. amieen..

Alhamdulillah, Praktikal dah nak tiba di penghujungnya. Macam2 perasaan ada sekarang. Tapi yang paling sure, perasaan rindu dengan tarbiah Terengganu. Tapi berusaha jugak nak faham dengan gerak kerja kat medan sekarang. Alhamdulillah pengalaman semasa mendapat didikan tarbiah dan dakwah di Terengganu sedikit sebanyak menjadi basic guideline untuk diri ini kat medan sekarang. 

Semoga mampu bertahan. Amieen. 

Walaupun baru beberapa bulan berada di medan baru, tapi alhamdulillah pengalamannya memang bernilai. Bermabit di rumah akhwat, keluar seawal pagi untuk ke program, join KD, jaulah dengan akhowat, dapat taujih yang memberi semangat, dapat kenal akhowat yang mantap dan baik hati, dan dapat macam2 lagi. Alhamdulillah untuk semua ni. Walau kekadang rasa macam tak layak, rasa macam "tak pernah terpikir pun akan berlaku macam ni".  

Semoga mampu bertahan dan tsabat. Amieen

Tak dapat dinafikan duduk bersama keluarga jugak kadang2 rasa susah nak bagi mereka faham bila kena keluar pada waktu yang tak sepatutnya. Memang akhlak kena jaga. Betul jugak kata ibu haritu, "Kalau program yang jauh tu kamu mampu pergi, tapi masjid yang dekat je dengan rumah ni kamu tak dapat nak pegi,....". Masa tu masjid sebelah rumah ada buat qiam. Memang rasa sentap sangat dengan kata2 ibu. Rasa tercabar sangat dengan statement beliau. Alhamdulillah Allah kuatkan semangat pegi jugak. Dan yang paling best dapat solat sunat tasbih berjemaah. :) Try, jangan tak try ^_^ Nikmat!

Jadi, memang tak dapat dinafikan ibu bapa kita ni tengok perangai kita. Kalau usrah, mabit, program, setiap minggu tak pernah miss, tapi tak beramal dengan ilmu yang kita dapat tu bile balik rumah (bangun lambat, tido sepanjang hari, tak tolong parent buat kerja rumah, online 24 jam, tak jaga adab sopan) memang kite kene check up balik hati kita, niat kita. 

Semoga mampu bertahan dan istiqamah pada jalan ini. Amieen

Ikhlaslah dalam beramal duhai amanina dan sahabat2. 

Salam mujahadah! 

Wednesday, May 15, 2013

Pasca PRU13

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt

Kaifahalukum? :)
Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.
Ekspresikan rasa syukur kita..bukan hanya tatkala susah, tapi juga di saat senang. *ketuk iman*

Alhamdulillah.



Tidak dinafikan pada mulanya memang sukar nak terima. :')




Kalah menang adat bertanding. Tapi yang penting usaha kita. Masing2 ada bahagian masing2, ada kemampuan masing2. Walaupun tugasan nampak simple, tapi kalau ikhlas, insya-Allah amalan dinilai. :D
Dan yang paling best dapat pengalaman2 yang berharga.

 Rasa bersyukur Allah masih menetapkan hati. Ingin berkongsi kata2 muwajjih semalam.

Terbanglah seperti burung yang mempunyai 2 sayap. Iaitu sayap takut dan harap.
Sentiasa takut dan berharap kepada Allah. 
Dan semoga al-Quran di hati para daie. Walau diletakkan dunia sehebat mana pun di tangannya, ia tetap tidak menggugat hati dan iman para daie. 
Sememangnya ia memerlukan mujahadah yang tinggi.

Salam mujahadah!.


Tuesday, May 7, 2013

Menjadi isu

Bismillah walhamdulillah 
Assalamualaikum wbt semua :)


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat iman, Islam, tarbiah dan dakwah. Jua bersyukur atas nikmat keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia, tanah tumpahnya darahku. Seperti yang kita telah maklum, selepas keputusan pilihan raya kali ini, banyak berita2 yang tersebar begitu pantas sama ada yang benar atau pun tidak benar. Saya menyarankan agar rakan2 di luar sana melihat pembacaan dari kedua-dua belah pihak. Dengan kepantasan teknologi pada hari ini, sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang, masing2 ada page yang dibuat oleh penyokong masing2. Jadi, sewajarnya kita meneliti dari kedua-dua sumber berkenaan untuk mengelakkan kita saling membuat andaian, tuduh menuduh dan budaya2 yang tidak sihat di antara kita. 

Namun begitu, saya berharap penyokong2 daripada mana2 belah pihak tidak terlalu emosi dalam menyebarkan berita2 yang mempunyai unsur2 memburukkan atau tuduhan tanpa bukti kepada mana2 pihak. Saya juga mengharapkan kita dapat menjaga adab2 percakapan (tidak menggunakan kata2 yang kasar, menunjukkan rasa tidak puas hati yang melampau) walaupun berada di alam maya. 

Mengenai isu perkauman yang hebat diperkatakan, saya berharap agar pihak kerajaan dapat mengatasi atau mencari jalan penyelasaian bagi menangani isu ini di samping usaha dari masyarakat sendiri. Pun begitu, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan di sini bahawa slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat bukanlah slogan yang dicetuskan untuk membangkitkan permusuhan di antara kaum, tetapi adalah untuk mengajak bangsa Melayu kembali menyedari hakikat kesepakatan Melayu untuk mendaulatkan Islam di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, bangsa Melayu adalah majoriti penduduk di Malaysia, dan bangsa Melayu juga rata2nya adalah beragama Islam. Namun, sememangnya slogan ini tidak memberi maksud bahawa Islam adalah hak mutlak bangsa Melayu. Tidak dinafikan memang ada bangsa2 lain seperti Cina dan India yang beragama Islam. Oleh hal yang demikian, ini turut menyangkal tuduhan2 oleh pihak2 tertentu bahawa slogan ini mengenepikan kaum2 yang lain. 

Sesungguhnya keamanan dan perpaduan negara ini harus dikekalkan dan hak2 terhadap sesuatu bangsa seharusnya dihormati dan dipatuhi. Sebagai rakyat Malaysia, kita juga harus menyakini dengan prinsip perlembagaan negara untuk mengelakkan berlakunya perkara2 yang tidak diingini.

Akhir kata, saya berharap agar huraian di atas dapat membaik pulih salah faham terutamanya pada slogan yang disebutkan di atas. Slogan tersebut tidak lain hanyalah untuk mengembalikan kesedaran masyarakat terhadap kedaulatan Islam yang mampu dibentuk dengan salah satu caranya melalui kesepakatan Melayu jika diteliti secara realitinya pada masa ini.

Sekian, Salam Perjuangan. :)