Tuesday, July 31, 2012

Pusingan kedua Ramadhan


Bismillah walhamdulillah
Masih lagi bernafas, dan alhamdulillah dengan segala nikmat-Nya.

Macamana Ramadhan kita kawan2? 
Tahun ni puasa dengan banyak aktiviti. Especially kat lab. Dari 8 pagi -4 petang. Ada tu, balik lab buat tadarus. Lepas tadarus pergi rumah akhwat untuk mabit. Alhamdulillah. Walaupun penat tapi ia menggembirakan. Busy yang berbaloi daripada duduk free2 kat rumah. ^^, Hilang jugak rasa rindu kat umah bile join akhwat. Duk ramai2 kadang2 rase macam adik beradik pulak. huhu

Solat sunat tarawikh pun first time sebenanye solat kat Masjid UniSZA. Sebab dulu2 solat kat Surau Al-Irfan je. Tapi sekarang nak tukar mood. Kebelakangan ni ada akhwat ajak solat kat Masjid Tok Jembal. Best kat Terengganu ni ada banyak masjid. Jarak antara masjid pun tak de la jauh sangat kalau naik kereta. :)

Yang paling best sekali, pasal eel flesh untuk FYP ni dah settle. Syukur sangat. Sekarang tengah run proximate. After naik sem nanti baru buat analisis lain. Ya Allah, permudahkanlah..harap2 dapat habiskan on time. Dan dipermudahkan dapat tempat LI. Amieeen.

So lepas raya ni kene tolong uruskan majlis kahwin Yop pulak. Sedih jugak bila dia nak kahwin ni. Almaklumlah time dia tak kahwin lagi ni senang nak ajak pi mana2. Nanti dah kahwin mungkin mesti kene utamakan keluarga dia dulu huhu. Takpela papepun happy jugak dapat kakak ipar insya-Allah. Ada rezki lebih harap2 dapat pulak anak buah :) Semoga majlis berjalan lancar, dan aku doakan jodoh mereka kekal ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. amieen *doakan sekali ye kawan2.

Dan untuk Dk, moga sem depan lebih terancang dan follow up yang lebih teratur. amieen.

Sekadar nak share ayat ni..(lama betul tak share dalil) --.'

Surah An-nisa' ayat 95: Tidaklah sama antara orang yang beriman yang duduk tanpa mempunyai uzur dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan darjat orang2 yang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang2 yang duduk (tidak ikut berperang).

Surah At-Taubah ayat 41: Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Semoga Ramdhan kita kali ni lebih baik, moga Allah mengurniakan hati yang bersih, jauh dari sifat2 mazmumah dan mengampunkan dosa2 kita yang lalu. Amien ya Rabbal'alamien.

Ramadhan Kareem, Allahuakram!

Asma Amanina,
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah,
Universiti Malaysia Terengganu.

p/s: Barakallah buat kawan2, ikhwah wa akhwat yang bakal mendirikan rumah tangga. :) Doakan jodoh saya 'ringan' jugak ^^,'

Tuesday, July 17, 2012

Aura Ramadhan 1433 H

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah thumma alhamdulillah dengan segala nikmat Allah.
Semakin dewasanya diri, semakin kita diuji dan diuji sesuai dengan kemampuan kita. Dan, bagi kami bakal pelajar tahun ke-4 @ tahun terakhir ini, dua sem terakhir ini adalah sem yang begitu mencabar sebelum menamatkan pelajaran pada tahun hadapan. Insya-Allah doakan.

Untuk FYP, nak tak nak, suka atau tidak, saya terpaksa berhadapan dengan belut2 tu. (Moga Allah bagi kekuatan. Amien). Sesuatu benda baru, dan pengalaman baru. Bila berjaya berhadapan dengan suatu "ketakutan" tu rasa sangat bersyukur. (Tapi harap2 tak berhadapan lagi T.T)



Untuk Ramadhan yang bakal tiba ni nanti, alhamdulillah 'aura' dia semakin terasa. Mungkin sebab suasana kat sini (Terengganu) banyak membantu. Kat sini duduk dengan akhwat, ada mabit, dan yang paling best ada HQ! Alhamdulillah. Nikmat2. :D Di tambahkan pulak haritu baru habis program TOT tu. Rasa banyak dah hidayah, petunjuk yang Allah bagi untuk memperbaiki diri. Diri ni je yang nak tak nak. Astaghfirullah..:'(

Dan di tengah2 mencari 'hati' sempena bulan Ramdhan yang bakal tiba ni, Allah bagi lagi peluang dengar ceramah dari sukarelawan Malaysia yang ke Gaza. Dalam ceramah tu, dia selalu tekankan yang kalau kita nak jadi sukarelawan ni, kena rapat hubungan dengan Allah. Yela, kebiasaan tempat yang kita datang tu adalah tempat2 yang ditimpa musibah. Dan musibah yang datang tu mungkin hasil dari dosa2 manusia atau sebagai peringatan. Jadi, beliau berpesan yang sepatutnya kehadiran kita time tu memberikan rahmat, bukan sebaliknya.

Lebih special dalam ceramah beliau ialah apabila beliau menceritakan tentang bantuan Allah yang datang time tu tanpa pengetahuan diorang sendiri. Tapi disedari oleh pihak musuh. Subhanallah, istimewanya mereka kerana dapat pertolongan direct dari Allah.



Amanina, moga sentiasa diberkati Allah. *Amien. Semoga saya boleh jadi seperti mereka. amien3


Jadi, kehebatan kita bukan terletak pada salasilah keturunan kita, pangkat atau harta tapi terletak pada keredhaan Allah pada kita. Tidak guna hanya mulia di pandangan manusia tapi hina di pandangan Allah dan makhluk sekaliannya. Sungguh, alam semesta juga tidak meredhai maksiat yang kita buat.

Tatkala ini, saya selalu bimbang dan memikirkan, adakah bila berhadapan dengan ancaman2 yang hebat, saya mampu mengekalkan dan mempertahankan akidah sebagaimana yang dilakukan oleh Sumaiyah, Bilal, dan para sahabat yang lain? Ya Allah kuatkanlah iman kami. Semoga syurga-Mu yang kami lebih giurkan dan idamkan dari kenikmatan dunia yang palsu.

Insya-Allah semoga Ramdhan kali ni lebih dihayati. Sama2 tingkatkan usaha dalam beramal. Kalau kita hebat dalam study, hebat dalam kerjaya maka seharusnya kita menunjukkan kesyukuran kita atas nikmat yang Allah bagi tu dengan hebat jugak dalam hubungannya dengan Allah dan manusia di sekelilingnya. Sungguh, segala kebaikan yang kita buat adalah untuk diri kita. Begitu juga dengan keburukan yang kita lakukan, ia juga adalah suatu kerugian buat diri kita.

Sekian saja curhat pada kali ini.
Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga beroleh redha Allah dan menjadi golongan yang bertaqwa. Amien.

Asma Amanina
Anjung Seri Tarbiah
Terengganu Darul Iman

Friday, July 13, 2012

Bergaullah dengan golongan yang soleh..

Bismillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis sesuatu pada kali ini.



Menutup aurat dengan sempurna lebih manis kan? ^^,' 

Seperti yang kita selalu dengar, salah satu di antara ubat hati adalah bergaul dengan golongan yang soleh.

Seperti apa yang saya alami, dengan bergaul bersama golongan yang soleh, yang bersama-sama mahu memperbaiki diri menjadikan kita lebih memuhasabahkan diri. Muhasabah dengan menjadi kagum dengan perwatakan2 mereka. Setiap butir bicara yang lahir dari mulut mereka sangat meresap ke dalam hati. Sungguh, ianya satu nikmat yang sangat perlu disyukuri.

Suatu nikmat yang tidak terhingga apabila Allah memberi peluang untuk bersama mereka.Dan sedikit sebanyak memberi kesan di hati untuk sentiasa memperbaiki diri. Alhamdulillah.

Jadi, usah malu bergaul dengan orang2 yang soleh. Buangkan persepsi apabila ingin menjadi ke arah yang lebih baik sebagai "bajet baik". Namun, kejarlah ganjaran dari kebaikan yang kita lakukan kerana ia adalah bekalan kita di akhirat nanti. Ya, walau kita seakrab mana pun di dunia, namun kita pasti keseorangan di akhirat kelak. Justeru, pilihlah teman yang membawa kepada keuntungan kita di akhirat.

Jika teman jauh dari pegangan agama, semestinya kita yang sedar perlu mengajak mereka ke arah yang diredhai Allah. Bukan menjauhkan diri. Apatah lagi melabel mereka dengan gelaran yang tidak diajarkan dalam Islam.

Itulah kepentingan untuk beramal jamaie, berkumpulan, agar kita saling menasihati ke arah kebaikan dan saling memperkuatkan hati kita agar tetap istiqamah dalam jalan tarbiah, jalan untuk mendapat didikan Islam yang sebenar dengan pengamalan yang sebenar.

Insya-Allah...:) Tsabat hingga ke akhirnya..

asma amanina
24 Sha'ban 1433H
Kuala Terengganu.

Tuesday, July 3, 2012

siapakah dia mujahidin yang sebenar?



Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin.”
ISHAB
Pesanan buat diriku yang lupa. T.T
 Ya Allah tetapkan hati kami dalam menempuhi perjuangan ini...:'(